ADIAH DARI INTAN

Special card from intan



Kad kartun glitter nie datangnya dari intan..mekacih ya intan, comel2 kartun tu. Apa plak ya k. zanie nak bagi kat intan. Apapun tunggu..!!!!!

AWARD DARI ELA

AWARD ELA QATTARTerima kasih ela dgn award nie tambah berseri umah zanie nie sabb ada pak guard..terima kasih daun keladi kalau ada lagi pass2 la kat zanie ya..

Nak kena tag 7 org ker ela? Siapa aek? nantilah dulu blum ada guest yg zanie nak tag nie.

Ampun ya ela.....!!!!!!

TAG FROM INTAN

WORK STATION FROM INTAN

Rules:
snap work station anda
then... taruk link blog anda kat bawah gambar work station anda...
iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada..
tengok contoh yang dibuat nih...
begitulah seterusnya sampai bila-bila, ok...
sekiranya tag ini berkembang... pasti akan ada banyak link-link di bawahnya...
kalau tak... terencat la dia... ha ha ha...lastly...
tolong pass tag ini pada tujuh (7) blogger lain...pass la pada siapa-siapa..



Untuk intan k. zanie ucapkan ribuan terima kasih atas ingatan utk beri tag kat k. zanie. Intaaan.. tengkiu very much intannn .!! kalau ada tag atau award lagi antolah kat cni..hikhik...Sorry la intan k. zanie kopipes aje..bolehkan.! mood x brape ada nie.....

Pasni nak kena tag 7 org pulak ker?? Alahai, sape la pulak yg nak zanie passkan tag nie ya.!

Rasanya adalah dua tiga org teman2 yg zanie rasa zanie nk passkan tag ini

  1. EMBUN MENITIK
  2. IZARSHAD
  3. BRO ROZZAN
  4. NUR JB
  5. AINA
  6. LEEZA
  7. EDI AZALI

MY SON BIRTHDAY







ALLAH SELAMATKAN KAMU... ALLAH SELAMATKAN KAMU... ALLAH SELAMATKAN MOHD HAFIZUDDIN SYAH..ALLAH SELAMATKAN KAMU..!!!!!

HEPI BEDAY...HEPI BEDAY...HEPI BEDAY TO YOU..!


SELAMAT ULANGTAHUN HARI KELAHIRAN YG KE 15.

Semoga dipanjang umur... dimurahkan rezeki dan hidup mu diberkati olehNYA
Semoga menjadi anak yg SOLEH..semoga menjadi hamba ALLAH yg berTAQWA...dari DUNIA saaampai keAKHIRAT. AMINNN.!!!

AWARD DARI TEMAN2

AWARD DARI ELA


Award ni dari ela yg jauh nun di qatar. timakacih ela..cayang ela..muuaahhh..!!!! zanie nk bagi kat sape eak..! okeylah nie zanie nk pas kat teman2 yg selama ini selalu tinjau2, ziarah dan tanya kabar zanie..!!

  1. AZIE
  2. EIBA
  3. NURHUDA
  4. NUR
  5. INTAN
  6. IZARSHAD
  7. EMBUN MENITIK
  8. DEE

AWARD DARI INTAN LAGI.!!

award-224x221


Tengkiu intan dgn anugerah yg x ternilai ini. k. zanie rasa terharu kerana rasanya blum layak lagi k. zanie utk menerimanya. Sekali lagi k. zanie ucapkan tengkiu VERY2 MUCH intan ....!


AWARD DARI EMBUN MENITIK S'RAWAK.....


Award nie lama dah ada dlm simpanan tapi masa baru mengizinkan utk zanie paste kat cnie..ampun embun lambat tuk zanie gantung award dari embun. Eh.! nak kena panjangkan ker award nie embun. Sapa gaknya ya yg nak zanie bagi nie..waduh..!! gawat neh..
Apa pn nak zanie liskan kendian ya embun nama- namanya. AMPUN EMBUNN..!!!

26hb nov

wokey..arini baru ada mood nak pas kat teman2 jadi harap nama2 yg tertera nie sudi menerimanya
  1. NUR
  2. UMMI
  3. ALONGROZ
  4. HAZILA
  5. NOOR
  6. ELA

ADIAH FROM IZA BLOGSPOT


Nie dari sahabat zanie..IZA.Tengkiu iza .. lama dh zanie peram tapi arini ada masa terluang maka zanie pn pastelah kat cnie..jgn mare ya iza. Syg iza....muuaaahhhh...!!!!!

Ni k. zanie nk promosi plak tau Iza, ceewaahhh....kepada teman2 ciber harap sudi bawa balik munga yg ayu ni.. gantung kat umah ya.! Utk memanjangkan sillaturrohim, sudi2kanlah ziarah umah teman baru kita tuan punya munga ayu ni IZARSHAD yg ada kat link sebelah tu..dan munga nie zanie nak tujukan kat :
  1. EIBA MANJA - yg ada kat Pasir Gudang
  2. INTAN PAYUNG - kat JB
  3. NUR CAYANG - juga kat JB
  4. CIKWAN - TAIPEI
Sape lagi aek..eeerrr..sesape yg sudilah yerk.!

KEK PISANG SUPER

Dsc04905

newbie123@myresipi.com

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

  • 4 biji pisang medium size di lecek (saya guna pisang Montel)
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1 1/2 cawan tepung
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh cinnamon powder
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/4 cawan plain yogurt drink
  • secubit garam
  • 1/2 cawan gula putih
  • 1/4 cawan gula perang
  • 3 biji telur

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180 darjah. Lenser tin kek dengan sedikit marjerin.
  2. Campur tepung, soda, baking powder, garam, cinnamon powder. Ayak dan ketepikan.
  3. Di dalam satu mangkuk, pukul gula dan telur hingga sebati. Campurkan minyak, pisang, dan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati. Masukkan esen vanilla. Last sekali masukkan yogurt drink.
  4. Tuang dalam tin kek dan bakar selama 35-40 minit. Texture kek ni lembab dan gebu. Bila makan takleh berenti...tak sesuai untuk orang yg tengah diet :)

TALAM MARBLE

Talam_marble

kak fida@myresipi.com

Bahan-bahan ( loyang 10x10 inc. )

  • 250 g tepung Hoen Kwee (putih)
  • 450 g gula halus
  • 2100 ml santan pekat (drpd 2 biji kelapa)
  • 1 sk garam
  • 3 sb serbuk koko

Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan ke dlm mangkuk kecuali koko dan dibahagi 2. 1 bahagian di campur koko.
  2. Masak adunan dlm periuk yg berasingan sehingga pekat,licin dan kelihatan meletup2. Matikan api.
  3. Marblekan adunan berselang-seli warna hingga habis di dlm loyang yg bergris.Sejukkan.
  4. Siap utk dipotong dan dihidangkan.
  5. Cara2 ke 3 hendaklah dilakukan dgn cepat krane adunan cepat mengeras.

MADELEINES

P1010016_copy

NisaMPB@myresipi.com

Bahan-bahan ( 2 loyang )

  • 7 tbsp (100gm) butter tanpa garam
  • 5 biji telor yang besar
  • 1/2 cup (115gm) + 3 tbsp gula
  • 1 1/4 cup (140gm) tepung gandum, diayak
  • 1 tsp baking powder
  • secubit garam
  • sedikit parutan dari kulit lemon

Cara-cara

  1. P1000899_copy
    Dalam periuk yang kecil, cairkan butter tanpa garam diatas api yang kecil hingga menjadi keperang-perangan.
  2. P1000901_copy
    Sejukkan seketika dan tapis butter dalam mangkuk yang lain.
  3. Pukul telor dan gula hingga gebu. Masukkan pula butter, gaul hingga sebati.
  4. P1010007_copy
    Masukkan tepung yang telah diayak, baking powder dan garam. Kaup balikkan dengan menggunakan spatula pada satu arah.
  5. P1010011_copy
    Taburkan parutan kulit lemon & kaup balik lagi.
  6. Masukkan adunan ini kedalam paiping beg dengan 1/4" nozzle plain.
  7. Sejukkan didalam peti sejuk selama lebih kurang 2 jam atau semalaman.
  8. Bila sedia untuk membuatnya, panaskan oven pada suhu 190dC.
  9. P1010013_copy
    Paipkan adunan kedalanm loyang madeleines hingga 3/4 penuh.
  10. Bakar selama 12min atau hingga perang.
  11. Sejukkan Madeleines dan simpan dalam bekas kedap udara.

KEK MENTEGA ELITE

Elite

akma_4th@myresipi.com

Bahan-bahan ( 1 biji )

Bahan A:
  • 250g self raising flour
  • 40g susu tepung
  • 200g mentega
Bahan B:
  • 5 biji telur
  • 200g gula kastor (160g gula pasir)
  • 1 camt. esen vanila

Cara-cara

  1. Bahan A dipukul sehingga sebati.
  2. Bahan B dipukul sehingga sebati.
  3. Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Gaul sebati.
  4. Bakar dalam loyang yang telah dilenser mentega/minyak selama 35 minit, suhu 180C. Pastikan adunan diisi separuh loyang.