Chinese Chive Dumpling

Imgp1992

Chinese chive = kucai. Inti boleh diganti degan inti popiah atau inti lain yg disukai.

Bahan-bahan ( 36 biji )

Untuk Kulit:
  • 125g tepung kanji / tepung tung min (wheat starch)
  • 60g tepung ubi (tapioca flour)
  • 1 cawan air panas
  • 70g tepung ubi (tapioca flour)
  • 1/2 cawan air sejuk (berais)
Untuk Inti:
  • 500g kucai, dipotong 1cm
  • 1 sb garam (gaulkan dgn kucai, perap selama 10 minit, cuci dan toskan)
  • 36 ekor udang saiz sederhana, buang kulit
  • 200g daging/ayam cincang
  • 5-6 biji sengkuang cina, dibuang kulit dan dicincangkan
  • 2-3 cm halia, dicincang
  • 1/2 sk serbuk lada putih
  • 1 sb kicap cair
  • 1 sk minyak bijan
  • 1 sb tepung ubi
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
Lain:
  • Tepung ubi secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

Cara-cara

Sediakan doh untuk kulit:
  • Masukkan tepung kanji, tepung ubi dan air panas ke dalam mangkuk besar. Gaul sehingga rata, tutup dan biarkan sejuk sedikit (5-10 minit). Masukkan tepung ubi dan air sejuk, uli sehingga menjadi doh. Masa panas2 doh ni agak melekit, JANGAN tambah tepung lagi.
  • Imgp1983Bila doh sudah betul2 sejuk, ia tidak melekat pada tangan, bahagikan doh kepada 36 bahagian yg sama. Taburkan sedikit tepung ubi jika perlu. Ketepikan.
Untuk Inti:
  • Masukkan semua bahan2 untuk inti kecuali udang ke dalam mangkuk besar. Gaulkan sehingga rata dan simpan di dalam peti sejuk selama 10-15 minit. Masa nak balut baru masukkan udang.
  • Imgp1985 Ambil sebiji doh, leperkan (10cm) dan letak inti di tengah2. Tutup hujung dia macam buat karipap.
  • Imgp1988Sapukan pinggan atau steamer degan minyak masak sebelum letak dumpling. Sapukan sedikit minyak pada permukaan dumpling supaya tidak melekat. Kukus selama 8-10 minit. Biar sejuk sedikit baru keluarkan dari pinggan / steamer.
  • Boleh juga lapiskan steamer dgn baking paper yg berlubang. Jika boleh, kukus dlm pinggan dan terus dihidangkan. Dumpling yg panas agak lembut, susah nak pindah dari satu pinggan ke pinggan yg lain.

0 comments:

Post a Comment