TUMIS GORENG TEMPE & KACANG KELISA

mcm x tau apa nak cerita pasai sayur goreng nie cuma nak bagitahu pokok kacang nie zanie tanam sendiri dibelakang rumah, setiap pagi zanie akan petik kacang botor / kelisa / dalam bahasa jawanya ciper. setiap kali petik x la banyak sangat tapi cukuplah utk sekali goreng anggaran dalam suku kilo gitu tapi oleh kerana kacang tu muda2 zanie geram la selain buat ulam zanie suka kalau dibuat sayur goreng lebihkan cili api ada rasa pedas2 dan masin secukupnya gitu makan pulak dengan nasi panas lawankan dgn ikan masin peeerrrgghhh ... sedaaappp...kalau x caya cuba laa. Disini x dapat nak zanie sertakan resepinya sb masak nie pakai campak2 aje lagi pun bahannya simple saje cuma memerlukan ...

  • kacang kelisa > di potong menyerong
  • tempe > di potong menyerong juga
  • bwg merah & putih > cili padi > garam > perasa> minyak utk menumis

  1. Tumis bawang merah, bawang putih & cili padi hingga naik wangi, masukkan tempe kacau hingga tempe bertukar warna .Masuk pula kacang kelisa kacau lebih kurang 5 minit sesuaikan rasanya tutup api sedia utk dimakan.
  2. Selamat mencuba

0 comments:

Post a Comment