SWISS ROLL TEMBAM & FLUFFY BUTTERCREAM


Swissroll11

Kombinasi swiss roll dan buttercream, kegebuan, kelembutan dan buttercream yang ala ice-cream

bahan-bahan ( 8 roll )

Untuk Swiss Roll Tembam

  • 20 biji kuning telur (sejuk)
  • 12 biji putih telur (sejuk)
  • 375 gram gula halus
  • 2 sudu teh double acting baking powder
  • 40 gram ovalette
  • 50 ml air sejuk (dari peti sejuk)
  • 200 gram tepung gandum/ tepung hong kong/ top flour
  • 120 gram tepung jagung
  • 200 gram mentega, dicairkan (hangat)
Untuk Fluffy Buttercream
  • 500 gram krimwell
  • 250 – 300 gram gula aising
  • 250 gram majerin/ mentega
  • 10 – 12 ketulan air batu (ice cubes)
  • Cara-cara

  • Swissroll2
    Cara membuat Swiss Roll Tembam
  • Swissroll3
    Masukkan semua bahan kedalam mangkuk mixer kecuali mentega. Pukul pada kelajuan tinggi sehingga ia likat dan pekat seperti digambar.
  • Swissroll4
    Kemudian masukkan mentega cair dan pada kelajuan perlahan pukul sehingga adunan sebati.
  • Swissroll5
    Ini adunan yang telah digaul sebati dengan mentega cair.
  • Swissroll8
    Gunakan daya kreativiti anda untuk mencorakkan design pada Swiss Roll.
  • Apa yang D gunakan. - Tuala yang bersih, spray sikit dengan air jangan terlalu basah nanti Swiss Roll melekat - mangkuk secukupnya untuk you all warnakan adunan Swiss Roll
  • Swissroll10
    D menggunakan loyang berukuran 10 x 10 x 1 inci.
  • Alaskan kertas kuih pada dasar loyang dan isikan adunan setengah ketinggian loyang. Tidak payah anda sapukan mentega pada loyang ataupun kertas kuih.
  • Kertas kuih yang telah digunakan boleh diterbalikkan untuk digunakan pada bahagian bawah untuk membakar Swiss Roll yang baru.
  • Swissroll12
    Bakar menggunakan ‘api atas bawah’ selama 180’C selama 8 minit atau sehingga permukaan swiss roll bertukar warna kekuningan coklat.
  • Swissroll6
    DESIGN YANG D CUBA BUAT
  • Swissroll7
    Design memang D hentam sahaja, ada macam Cik Abang D cakap macam belang harimau pun ada.
  • D hanya gunakan hujung sudu dan lorekkan bentuk “U” turun naik dan ada juga D bentukkan seperti ‘comma’, you all boleh ler juga buat ala macam marble ke apa-apa yang suka.
  • Nak tabur chocolate rice pun boleh, macam-macam boleh buat.
  • Swissroll9
    Lagi satu design D gunakan lorek 'comma'
Cara membuat Fluffy Buttercream
  • Pukul krimwell, gula dan majerin/ mentega sehingga ia sebati.
  • Masukkan satu persatu ketulan air batu. Nanti akan bunyi keletang kelenting dalam mangkuk mixer, tak apa jangan risau memang macam gitu.
  • Swissroll1
    Ketulan air batu inilah yang akan membuat buttercream ini fluffy (gebu).
Nota:
  • Buttercream ini boleh anda sediakan terlebih dahulu, simpan dalam Tupperware letak kat dalam peti sejuk. Boleh juga gunakan Nutella ataupun Coklat Ganache. Anda juga boleh pelbagaikan rasanya seperti: - Blueberi Buttercream – letak sikit blueberry filling dalam buttercream Strawberry Buttercream – letak sikit strawberry filling dalam buttercream Chocolate Buttercream – letak sikit chocolate emulco dalam buttercream

0 comments:

Post a Comment