PAU KARI AYAM


Picture_577

Bahan-bahan ( 12 biji yg kecil )

  • 500gm tepung (jun guna tepung pau)
  • 50gm minyak/shortening
  • 6gm yeast
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 100gm gula (jun guna 80gm j)
  • 250gm air suam

Untuk inti kari ayam:-
  • @2 ketul isi ayam-dipotong dadu
  • @2 biji ubi kentang-dipotong dadu
  • @1/2 biji bawang besar-dipotong dadu
  • @2 sudu besar rempah kari basah/serbuk kari ayam
  • @garam dan serbuk perasa
  • @2 sudu besar minyak

Cara-cara

  • Campur semua bahan kecuali air kedalam mangkuk. Gaul rata.
  • Masukkan air sedikit2 dan uli hingga lembut.
  • Tutup dengan cling film dan biar selama 10min.
  • Selepas itu, ambil doh dan bentuk bulat2 kecil.
  • Leperkan dan isi inti didalamnya. Kemudian alas dengan kertas/daun pisang.
  • Biar lebih kurang 1 jam.
  • Kukus selama 10min.
Untuk inti:-
  • Panaskan minyak. Tumis bawang hingga wangi.
  • Masukkan rempah kari hingga naik baunya, masukkan ubi kentang dan ayam dan sedikit air. Masak hingga lembut.
  • Masukkan serbuk perasa dan garam. Masak sedikit kering spt inti karipap.

0 comments:

Post a Comment