NASI AYAM SARAWAK


19-08-07_1256

Belajar dari kawan di Mukah..


Bahan-bahan ( 4 org )

BAHAN NASI
  • 500 gram beras (basuh dan toskan)
  • 1 inci halia (mayang halus)
  • 2 ulas bawang putih (mayang halus)
  • 2 ulas bawang merah (mayang halus)
  • 2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan stock ayam maggi
  • Garam, gula dan MSG secukup rasa
  • Air rebusan ayam secukupnya utk masak nasi
  • 3 sudu besar marjerin
  • 2 helai daun pandan (simpulkan)
BAHAN AYAM
  • 1 ekor ayam (potong 8)
  • 4 ulas bawang merah (kisar)
  • 4 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 inci halia (kisar)
  • 2 ketul kiub ayam maggi
  • 2 ulas bawang merah (mayang)
  • 2 ulas bawang putih (mayang)
  • 1 inci halia (mayang)
  • 5 sudu besar sos tiram
  • 5 sudu besar kicap pekat
  • 5 sudu besar sos cili
  • Air, minyak utk menumis, garam, gula dan MSG secukupnya
BAHAN ACAR
  • 1 biji timun (buang empulur & potong nipis tanpa membuang kulitnya)
  • 1 batang lobak merah ( potong lidi)
  • 2 ulas bawang merah (mayang)
  • 2 ulas bawang putih (mayang)
  • 1/2 inci halia (mayang)
  • 1/2 cawan gula
  • 1/4 cawan cuka
  • Garam secukup rasa
BAHAN SOS
  • 1 cawan sos cili
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 1/2 inci halia (mayang halus)
  • 1/2 cawan air
  • Gula secukup rasa
BAHAN KICAP
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 1/2 cawan kicap masin
  • 1/2 cawan air
  • 5 biji cili padi (belah 2)

Cara-cara

NASI
  • Panaskan marjerin.Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.Masukkan beras.Gorengkan seketika.
  • Masukkan pula stock ayam maggi, garam, gula dan MSG.Kacau sebati.Padamkan api.Pindahkan bahan-bahan ini ke dalam periuk nasi.
  • Masukkan santan dan air rebusan ayam serta daun pandan.Masak nasi seperti biasa.
AYAM
  • Panaskan minyak dalam periuk.Tumis bahan yang dimayang hingga wangi.Masukkan air, kiub ayam dan ayam.
  • Masak hingga ayam masak dan air tinggal 1/2 dari asal.Angkat ayam dan toskan airnya.Biarkan sejuk sebentar ayam tadi.
NOTE :
  • air rebusan ayam ini boleh di buat sup dan memasak nasi.Utk sup cuma perlu tambahkan garam.
  • Gaulkan ayam, yang telah sejuk dengan bahan selebihnya utk ayam.Perapkan selama 30 minit.
  • Kemudian anda boleh pilih sama ada mahu goreng atau kukus ayam tadi.
ACAR
  • Rendam timun, lobak merah, halia, bawang merah dan bawang putih di dalam air cuka selama 1 jam.Kemudian masukkan gula.
  • Rendam kira-kira 2 jam lagi.(seeloknya buat acar ini dahulu).Kemudian toskan airnya hingga tersejat.
NOTE :
  • Acar ini boleh disimpan selama sebulan di dalam peti sejuk.
SOS
  • Masak kesemua bahan sos hingga sedikit pekat.
KICAP
  • Masak bahan kicap hingga sedikit pekat.
  • Hidangkan nasi bersama ayam, acar, sos dan kicap dan sup.

0 comments:

Post a Comment