URAP KANGKUNG DAN TAUGE BONDA ELLA


Sumber: Bonda Ella
salah satu juadah yang disediakan bila kita membuat Nasi Ambeng.


Bahan-bahannya
  • Taugeh 30 sen
  • kangkong 70 sen
  • Kacang Panjang 70 sen--(4 batang aje)
  • Kelapa parut buang kulit 1 dollar---disangar sampai kuning sedikit
  • daun cekur atau cekur sedikit-----kisar sekali dgn bahan2 yg dikisar
  • Udang kering segenggam---Disangar dan dikisar kasar
  • Lada merah 4 batang-----disangar dan dikisar kering
  • Bawang merah kecil 3 biji----disangar dan kisar kering
  • Bawang putih 2 ulas---sangar dan dikisar kering
  • Belachan sedikit-----disangar dan dikisar kering
  • minyak sedikit untuk menumis
  • garam dan gula secukop rasa
Cara-caranya:
  • Setelah minyak panas, masukkan bahan-bahan yg dikisar kering dan goreng sedikit sampai wangi.
  • Selepas itu masukkan garam dan gula ikut rasa anda.
  • Bila sudah sebati baru masukkan kelapa dan balik-balikkan sampai sebati.
  • Bila sudah siap angkat dan ketepikan.
  • Rebus air dan campakkan garam sedikit.
  • Bila air sudah mendidih celurlah sayur-sayuran nya setengah masak atau suka hati anda yea.
  • Kemudian campurkan kedalam kelapa yg dah masak itu...

0 comments:

Post a Comment