EASY GRANOLA BARS

Sumbangan: Allrecipes.com/ Kak Serene (FRD)

Jika anda tidak suka terlalu manis, Kak Serene sarankan agar anda gunakan hanya ½ cawan white chocolate chips.

Bahan-bahannya
  • 3 cawan oats segera
  • 1 (14 oz) susu pekat manis
  • 2 sudu besar mentega, dicairkan
  • 1 cawan flaked coconut (kepingan kelapa)
  • 1 cawan kepingan badam
  • 1 cawan semisweet chocolate chips
  • ½ cawan sweetened dried cranberries
Cara-caranya
  • Panaskan ketuhar pada suhu 175’C. Sapukan mentega pada loyang berukuran 9 x 13 inci.
  • Didalam mangkuk yang besar, campurkan oats segera, susu pekat manis, mentega, kelapa, badam, chocolate chips dan cranberries dengan tangan sehingga ia bergaul rata.
  • Kemudian ditekan adunan didalam loyang yang telah disediakan.
  • Bakar selama 20 – 25 minit didalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Terpulang kepada tahap keranggupan yang anda mahukan.
  • Untuk mendapatkan granola bars yang lembab dan lembut bila dikunyah tepinya bila dibakar akan kelihatan kekuningan sedikit.
  • Biarkan ia sejuk selama 5 minit selepas dibakar dan kemudian dipotong persegi empat dan biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dihidang.

0 comments:

Post a Comment