KEK CHIFFON PANDAN ( 2 )















Sumber: Bro Rozzan

Bahan-bahannya

  • 8 biji telur
  • 8 oz gula halus
  • 8 oz tepung Softasilk(boleh gunakan Superfine flour/Top flour)
  • 4 oz pati santan (saya gunakan santan KARA dlm kotak)
  • 1 oz air pandan (diambil dari 4 helai daun pandan yg dikisar dgn sedikit air)
  • 1 sudu teh pandan paste
  • 3 oz minyak jagung
  • ½ sudu teh vanilli
  • ½ sudu teh garam halus
  • ½ sudu teh cream of tartar
  • ½ sudu teh baking powder

Peraturannya:

  • Masukkan tepung , 4 oz gula , vanilli , garam dan baking powder ke dalam sebuah mangkuk. Kacau hingga rata. Masukkan minyak jagung , pati santan, pandan paste & air pandan lalu dikacau rata-rata.
  • Masukkan kuning telur dan kacau lagi hingga sebati. Ketepikan.Pukul putih telur dgn cream of tartar. Masukkan 4 oz gula sedikit demi sedikit dan terus pukul dgn high speed hingga naik.
  • Masukkan adunan tepung tadi ke dalam adunan putih telur tadi. Kacau rata hingga sebati tapi jgn terlalu lama agar tak banyak udara keluar dari adunan ini.
  • Tuang adunan ke dalam acuan lalu dibakar hingga masak kira-kira 40-45 minit dgn suhu kira-kira 170 -180 darjah Celsius. Setelah masak, terbalikkan loyang kek chiffon ini dan biarkan begitu sehingga kek betul2 sejuk.

Nota:

  • Kalau nak ringkas, tak perlu guna air pandan. Bubuh saja 2-3 sudu teh pandan paste dan lebihkan santan kpd 5 oz.
  • Resipi asal menggunakan tepung Softasilk tapi ada feedback yg mengatakan tpg Softasilk jenama Betty Crocker's ada mengandungi bahan yg terlarang. Tentang jenama lain pula, saya kurang pasti.

0 comments:

Post a Comment