KEK PISANG LEMBAB


Sumber: Bro Rozzan

Bahan-bahan :
  • 250 g mentega
  • 2 cawan gula (I used 450 gm)
  • 4 biji telur ( I used the big ones)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla (I used serbuk vaniili)
  • 4 sudu besar susu cair
  • 3 cawan pisang dilecek ( I used abt 650 gm pisang raja)
  • 2 cawan tepung ~ diayak (I used 240 gm)
  • 1 sudu kecil soda penaik (bicarbonate of soda)
  • 1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
  • walnut, macadamia nut, pecan (I used walnut, pecan nut & hazelnut)
Cara :
  • Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
  • Masukkan telur satu per satu, esen vanila, susu dan garam.
  • Masukkan pisang yang telah dilecek ke dalam adunan.
  • Masukkan tepung dan kaup balikkan sehingga sebati.
  • Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C/ 350 F selama 1 jam.

BUBUR LAMBUK MASJID

















Sumber: Bro Rozzan

Bahan-bahannya
  • 200gm beras (cuci bersih)
  • 250 gm daging cincang
  • 1/2 cawan kacang tanah
  • 3 sudu makan kacang dhal
  • 2 sudu makan kacang merah
  • 2 sudu makan kacang hijau
  • 2 sudu makan kacang lepat
  • secukup sayur campur (carrot, k.peas & jagung)
  • secukup air
  • Rebus kesemua bahan hingga kekacang empuk.
Sementara itu sediakan bahan2 tumis seperti berikut:
  • 2 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan rempah beriani
  • 10 biji buah gajus
  • Kisar semua bahan2 ini hingga halus.
  • Secukup minyak makan dicampur sedikit minyak sapi
  • 200 ml santan pekat kotak(saya gunakan jenama KARA)
  • sedikit serbuk lada putih
  • sedikit air mawar
  • secukup garam
Hiasan
  • daun ketumbar atau daun sup/bawang
  • sedikit bawang goreng
  • telur dadar hiris
Cara:
  • Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar hingga garing.
  • Masukkan tumisan ini ke dalam periuk yg berisi beras/kekacang yg telah direbus tadi. Gaul rata2. Masukkan sayur campur lalu bubuh santan, air mawar, serbuk lada putih dan garam. Kacau rata dan biarkan sehingga mendidih. Akhir sekali masukan sedikit daun ketumbar atau daun sup/bawang. matikan api.
  • Apabila menghidangkannya, bubuhlah sedikit bawang goreng, telur dadar hiris dan sedikit lagi dedaun.
Nota:
  • Jika anda inginkan bubur yg tidak berempah, bolehlah ditiadakan rempah beriani.
  • Bab kekacang pula, bubuhlah apa2 pun yg anda gemari.

KEK CHIFFON PANDAN ( 2 )















Sumber: Bro Rozzan

Bahan-bahannya

  • 8 biji telur
  • 8 oz gula halus
  • 8 oz tepung Softasilk(boleh gunakan Superfine flour/Top flour)
  • 4 oz pati santan (saya gunakan santan KARA dlm kotak)
  • 1 oz air pandan (diambil dari 4 helai daun pandan yg dikisar dgn sedikit air)
  • 1 sudu teh pandan paste
  • 3 oz minyak jagung
  • ½ sudu teh vanilli
  • ½ sudu teh garam halus
  • ½ sudu teh cream of tartar
  • ½ sudu teh baking powder

Peraturannya:

  • Masukkan tepung , 4 oz gula , vanilli , garam dan baking powder ke dalam sebuah mangkuk. Kacau hingga rata. Masukkan minyak jagung , pati santan, pandan paste & air pandan lalu dikacau rata-rata.
  • Masukkan kuning telur dan kacau lagi hingga sebati. Ketepikan.Pukul putih telur dgn cream of tartar. Masukkan 4 oz gula sedikit demi sedikit dan terus pukul dgn high speed hingga naik.
  • Masukkan adunan tepung tadi ke dalam adunan putih telur tadi. Kacau rata hingga sebati tapi jgn terlalu lama agar tak banyak udara keluar dari adunan ini.
  • Tuang adunan ke dalam acuan lalu dibakar hingga masak kira-kira 40-45 minit dgn suhu kira-kira 170 -180 darjah Celsius. Setelah masak, terbalikkan loyang kek chiffon ini dan biarkan begitu sehingga kek betul2 sejuk.

Nota:

  • Kalau nak ringkas, tak perlu guna air pandan. Bubuh saja 2-3 sudu teh pandan paste dan lebihkan santan kpd 5 oz.
  • Resipi asal menggunakan tepung Softasilk tapi ada feedback yg mengatakan tpg Softasilk jenama Betty Crocker's ada mengandungi bahan yg terlarang. Tentang jenama lain pula, saya kurang pasti.

SAMBAL DAGING


Sumber: Amrani

Bahan-bahan
  • 400gm daging [potong sederhana,dibersihkan,rebus ketepikan]-saje rani rebus takut liat
  • 1 mangkuk kecil cili kering [kisar+ 1 biji tomato]
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos cili
  • garam
  • gula
Bahan tumisan
  • Minyak
  • sedikit kulit kayu manis
  • sedikit bunga lawang
  • sedikit bunga cengkeh
Bahan mesin [dimesin bersama]
  • 4 batang serai
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 inci halia
  • 3 labu bwg besar
  • 1 ulas bwg putih
Cara-cara
  • Panaskan minyak.tumis bahan tumisan hingga naik bau.
  • Masukkan bahan mesin. kacau hingga kuning dan naik bau.
  • Masukkan cili mesin + sos cili sos tomato. masak cili hingga masak dan naik minyak.
  • Masukkan daging + santan. masak hingga agak kering.
  • Masukkan gula dan garam. suaikan rasa. padamkan api
  • Tabur bahan hiasan. sedia dihidang.

NASI KERABU


Sumber: Amrani
resipi ni x ingat dpt dari mana tp dari blogspot...tuannyner rani amik resipi yer..

NASI

Bahan-bahan
  • 2 cawan beras
  • 2 btg serai [ketuk]
  • sedikit bwg besar mayang
Cara-cara
  • Basuh beras.Masukkan air + bawang + serai +pewarna biru.Masak nasi seperti biasa.
KUAH TUMIS BUDU

Bahan-bahan
  • 1 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 5 biji cili kering
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1/4 cawan budu
  • 1 keping asam keping
  • minyak utk menumis
  • gula
Cara-cara
  • Bawang besar + bawang putih + cili kering + serai + halia dimesin
  • Panaskan minyak dan tumis bahan ini sehingga garing
  • Kemudian masukkan santan pekat dan budu.
  • Tambahkan sedikit air dan gula sekadar perlu.
  • Bila mendidih,bolehla dipadamkan api.
SAMBAL IKAN

Bahan-bahan
  • 2 ekor ikan kembung [salai atau bakar. ambil isi ketepikan]
  • 1 cawan kelapa parut [jadikan kerisik]
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 batang serai-mayang halus
  • 1/2 inci halia
  • lada hitam
  • garam
  • gula
Cara-cara
  • semua bahan2 di atas ditumbuk hingga rata. Kemudian seswaikan rasanya
ULAM2
  • [mayang halus kecuali taugeh]
Bahan-bahan
  • daun kesum
  • kobis
  • serai
  • bunga kantan
  • taugeh
  • Semua ulam2 digaul kemudian dihidangkan bersama nasi.
SOLOK LADA

Sumber:citarasapilihanintan.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 2 ekor ikan [bakar @ salai]
  • 2 cawan kelapa parut
  • 6 ulas bawang
  • 3 hiris halia
  • 1/2 camca teh lada hitam
  • 1 cawan santan
  • 1 biji telur ayam
  • 10 tangkai cili hijau
  • 2 camca besar gula
  • 1 camca teh garam
Cara-cara
  • Tumbuk bersama isi ikan,lada hitam,halia dan bawang merah.
  • Satukan bahan tumbuk,kelapa parut,garam,gula.Gaul.
  • Masukkan telur.Gaul lagi.
  • Belah cili dan sumbat ramuan ikan.
  • Atur dalam periuk tanah,taburkan gula dan garam.Curahkan santan ke atas cili.
  • Masak di atas api sederhana sehingga ia masak.
Tips:
  • selain tu lauk lain seperti daging bakar[rempah biji ditumbuk + garam dibakar], telur masin, keropok dan ayam goreng

STRAWBERRY SHORTCAKE




Sumber : baking.about.com

Bahan-bahan :

  • 1 1/4 cawan tepung
  • 3/4 cawan gula
  • 1/3 cawan butter
  • 2/3 cawan susu segar
  • 2 biji telur
  • 2 1/2 tsp baking powder
  • 1/2 tsp garam halus
  • *Buah strawberry, whipping cream dan cooking choc secukupnya.
Cara-cara :
  • Panaskan oven pada suhu 180 darj cel. Lapik loyang dgn grease proof paper.
  • Campurkan kesemua bahan dalam mixer bowl dan pukul pada kelajuan sederhana selama 2 minit - 3 minit.
  • Sesekali scrape tepi dan bawah bowl supaya semua gula dan butter yg melekat dapat digaul sebati.
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 20min - 25min.
  • Biarkan sejuk di dalam pan. Hias dengan strawberry dan whipping cream.

  • Kalau diikutkan cara yang betul, buah strawberry harus dihiris nipis dan digaul dengan gula dan diperap beberapa jam. Biar ia sebati dan jadi macam filling. Tapi oleh kerana nak cepat Rinn hias aje ikut suka hati Rinn.
  • Oh ye..nak cover lagi strawberry masam tu, Rinn celup dengan coklat pulak. Janji semuanya boleh di assemble dan boleh dimakan.
  • Banyak website yang tunjuk resipi dan image resipi ni..tapi mat salleh ni suka main tenggek-tenggek aje buah strawberry bergula dan main sapu-sapu aje whipping cream tu. So simple.. yet, still look so delicious..

CHICKEN RENDANG

By Ida

Last night I cooked chicken rendang to eat with coconut rice (nasi lemak). This is very simple rendang and easy to make.

Ingredients

  • 1 chicken, cut into small pieces
  • 1 cup coconut milk
  • 1/2 cup ‘kerisik’
  • 2 turmeric leaves
  • 3 tablespoon pounded dried chilli
  • 1 tablespoon juice of tamarind pulp

Pounded Ingredients

  • 1 1/2 large onion, chopped
  • 3 cloves garlic
  • 2 cm galangal
  • 3 cm ginger
  • 2 cm fresh turmeric
  • 3 tablespoon chopped lemon grass
Method
  • Mix chicken with pounded ingredients and chilli and cook in wok for about 15 to 20 minutes (medium flame) . Add coconut milk, turmeric leaves, ‘kerisik’, tamarind juice and season with salt and sugar. Cook until the gravy thick. Serve with rice, glutinuos rice, bread, etc

DONUT BLACKPEPPER CHICKEN DAN COKLAT

Donut Sifu Suria dan sumbat inti blackpepper chicken dan juga coklat (lebihan topping coklat Misleha). Memang sedap dan boleh juga digunakan untuk buat Instant Puff Cranko dan juga pie. Resipi filling coklat (ikut resipi topping coklat dari Misleha), D berikan dalam kuantiti yang boleh disediakan untuk buat donut sifu suria nih. 1 adunan dapat 18 biji donut size besar.
PERHATIAN: Kalau buat donut dengan filling coklat, lepas masak harap hati2 ya takut anak2 kecil sekali NGAP alahai intinya masih panas dan jenis yang cair. FILLINGS CONTENT ABSOLUTELY HOT!!! Jadi sejukkan dulu.
Selain dari inti Blackpepper Chicken boleh juga sumbat dengan inti sardine kemudian salut donut dengan serbuk roti dan goring. Untuk kelainan adunan donut boleh ditambah serbuk koko untuk mendapatkan donut perisa coklat, boleh isikan inti coklat seperti yang D buat dulu.
Sumber:

BLACKPEPPER CHICKEN FILLING

Bahan-bahannya
  • 200 gm isi ayam - dipotong dadu
  • 1 cawan sayur campur
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepong gandum
  • 1/2 cawan atau lebih sikit susu segar
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam (yang crack fresh punya lagi sedap)
  • ,garam dan gula secukupnya
Cara-caranya
  • Perapkan isi ayam dengan serbuk lada hitam, garam dan gula. Tumis bawang besar hingga layu, masukkan ayam dan kacau hingga masak. Masukkan sayur campur. Kacau dan angkat.
  • Dalam bekas lain, cairkan mentega. Taburkan tepong gandum. Kacau hingga menjadi pes. Api jangan terlalu besar, nanti hangus. Masukkan susu segar, kacau hingga menjadi pekat. Kemudian masukkan campuran ayam tadi, gaulkan dan tambah garam dan gula secukup rasa. Angkat dan sejukkan. Sedia untuk digunakan.
COKLAT FILLING (RESIPI TOPPING COKLAT MISLEHA)

Bahan-bahannya
  • 100 gram coklat masakan
  • 75 gram whipping cream
  • 1/2 sudu teh mentega
Cara-caranya
  • Caranya mudah saja masak whipping cream dengan api sederhana bila dah mendidih buble-buble kecil, padamkan api, masukkan chocolate yang telah dipotong kecil-kecil. Kacau sehingga ketulan chocolate tu cair. Biarkan ia sejuk dan sebaiknya sediakan satu hari lebih awal dan simpan dalam peti sejuk. Bila isi dalam donut filling dah agak keras sikit jadi mudah kalau tidak cair susah nak isi.

EGG TARTS 3

Sumber: Encik Baktiar (Mr Buck)

Bahan untuk Pastri:
  • 500g Tepung gandum
  • 125g Gula icing
  • 250g Butter (tips: butter sejuk dari petisejuk)
  • 2 biji telur gred B
  • 1 tsp Esen Vanila
  • Ayak tepung, campurkan gula icing. Masukkan butter dan gaul hingga jadi crumbs. Masukkan telur dan esen vanila dan gaulkan hingga rata. Bentukkan jadi sebiji bola. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum digunakan.
Bahan untuk Inti:
  • 250g Air
  • 125g Gula
  • 5 biji Telur gred B
  • 100g Susu cair (Evaporated milk)
  • Larutkan gula kedalam air. (buat air gula) Kalau guna air suam, biarkan sejuk dulu sebelum masukkan telur dan susu cair. Pukul semua 4 bahan hingga sebati kemudian tapiskan dan sedia untuk digunakan.
Cara-caranya
  • Isikan atau bentukkan pastry kedalam acuan. Bakar pada suhu 160 ke 180 C selama 15 minit atau sehingga kelihatan kering atau sedikit kekuningan. Keluarkan dari oven.
  • Tuangkan filling tadi kemudian masukkan semula ke dalam oven. Bakar lagi pada suhu 180 C selama 15 minit atau sehingga telurnya masak. (tak cair)

TALAM DURIAN PULUT HITAM

Sumber:Diana


Lapisan Bawah
  • 14 oz pulut hitam
  • 16 oz pulut putih
  • 24 oz santan pekat
  • sedikit garam
  • 20 sen daun pandan
Lapisan Atas
  • 6 cawan santan pekat
  • 12 sudu makan tepung gandum
  • 4 sudu makan tepung kanji/ tepung jagung
  • 8 biji telur
  • 3 1/2 cawan gula pasir
  • 6 ulas isi durian
  • sedikit pewarna kuning
  • sedikit garam
  • daun panda
Cara membuat Lapisan Bawah
  • Pulut hitam dan pulut putih dicampurkan, dicuci dan direndam selama 1 jam. Kemudian toskan airnya, masukkan pulut tadi kedalam loyang, tuangkan santan dan letakkan daun pandan diatasnya yang telah dicampurkan dengan garam dan kukus dengan api yang sederhana selama 1 jam. Keluarkan dari kukusan dan gaul rata pulut yang telah dikukus. Daun pandan dibuang dan kemudian tekan dengan plastik. Kalau plastik melekat letakkan sedikit sahaja minyak masakan. Kalau panas gunakan tuala dalam plastik sebagai alas. Tekan pulut hingga mampat dan ratakan.
Cara membuat Lapisan Atas
  • Satukan kesemua bahan-bahan tadi dan blender hingga rata dan sebati. Bubuh sedikit pewarna kuning dan blender rata lagi. Masak diatas api kecil sehingga berwap. Kacau adunan selalu jangan ditinggalkan nanti ia berkerak didasar periuk. Tuangkan adunan ini keatas adunan pulut didalam loyang dan kukus sehingga masak selama 1 jam dengan api yang kecil.
Nota:
  • Kukusan hendaklah dibungkus dengan kain supaya air wap tidak jatuh kedalam kuih. 1 oz = 28.3 gram.
Rujukan Gambar:-

Step 1 - Campurkan pulut hitam dan putih dan letakkan didalam loyang.
Step 2 - Tuangkan santan yang telah dicampurkan dengan sedikit garam dan letak daun pandan diatasnya. Kemudian dikukus.
Step 3 - Masak adunan Lapisan Atas sehingga berwap.
Step 4 - Gaul pulut dan tekan pulut hingga mampat menggunakan plastik yang diletak sedikit minyak makan (supaya tak melekat). Kalau panas masukkan tuala didalam plastik macam bonda D buat ni.