AYAM PAPRIK

Selalu N3kan ayam paprik nie tapi x ada resepinya sooo kali ini zanie sertakan sekali utk sesiapa yg sudi nak mencuba.
resepi asal dari kak Hanieliza zanie ambil dari umah Ummi N kopipes saje di sini, Ummiiiii...., zanie minta izin yaaa ....


Bahan:- (dipotong kecil)
  • 300 gm isi ayam
  • 100 gm carrot
  • 100 gm brokoli [zanie x bubuh ]
  • 100 gm bunga kobis
  • 50 gm capsicum hijau [ zanie x bubuh]
  • 1 labu bawang besar

Bahan Sos:-
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 5 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 batang serai - ketuk (*ummi letak 2 btg)
  • 3 biji limau kasturi (perah jus) [ zanie x letak ]
  • 5 biji cili padi - ketuk
  • 3 ulas bawang putih - ketuk
  • 1/2 cawan air
  • garam secukup rasa
  • minyak

Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan carrot, kicap pekat, sos tomato, cili sos dan sos tiram. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan sayuran lain. Bila mendidih lagi, masukkan daun limau purut. Masukkan jus limau dan sedikit garam. Tutup api.

0 comments:

Post a Comment