KEK BELANG HARIMAU


Nie gara - gara sekodeng kat umah kawan2 la maka tergerak hati nak membuat kek nie tapi zanie guna resepi warisan bonda zanie, meh kite tengok apa bahannya


Bahannya
  • 4 biji telur - A
  • 2 cawan mentega
  • 2 cawan gula halus
  • 3 cawan tepung gandum > di ayak
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 c/t baking powder
  • pewarna kuning
  • 2 s/b serbok koko > di ayak
  • 2 s/b pati oren sunkist

Caranya :

  1. Pukol gula + telur kembang
  2. Di bekas lain pukul gebu @ kembang mentega
  3. Ayak tepung, koko & baking powder
  4. Campurkan bahan telur dan mentega tadi kacau guna senduk kayu agar bersatu.
  5. Masukkan tepung gandum sedikit - sedikit buat secara kaup balik hingga habis
  6. Bagi kepada 2 bahagian > 1 bahgian bubuh warna kuning + pati oren . 1 bahagian lagi bubuh koko serbuk.
  7. Sediakan acuan yg dah di alas dgn kertas minyak sapu sedikit minyak dan di tabur sedikit tepung.
  8. Ambil 1 senduk kecil yg warna kuning kemudian yg warna koko bubuh diatas warna kuning tadi buat selang seli hingga habis
  9. Panaskan oven dan bakar kek hingga bila cucuk dengan lidi ia x melekit ( tanda dah masak la tuuu ) bolehlah di keluarkan dari oven

0 comments:

Post a Comment