AIR SOYA


Sumber: Nazrizam Binti Ab Wahab (Mesra.net)

Bahan-bahannya
  • 250 gram kacang soya
  • 1 jug air masak
  • gula pasir
  • daun pandan
Cara-caranya
  • Basuh dan rendam kacang soya semalaman atau hingga kacang mengembang. Buangkan kulit yang tertanggal. Masukkan 1/4 kacang soya dalam blender dan kisar dengan 3 cawan air. Kisar hingga kacang hancur. Tapis ke dalam periuk menggunakan kain kasa. Perah kacang hingga semua air dapat dikeluarkan. Selesaikan baki kacang dengan cara yang sama. Bila sudah habis perah, masak susu kacang soya dengan api yang kecil bersama daun pandan. Masukkan gula sesedap rasa atau boleh juga buat air gula berasingan. Masak hingga mendidih dan elakkan dari susu soya membuak keluar.
Cadangan Hidangan:
  • Susu soya sedap juga diminum dengan campuran gula melaka. Sesuai diminum panas atau sejuk. Jika simpan dalam peti sejuk, susu soya boleh bertahan 2-3 hari.
Tambahan:
  • Kain kasa ialah kain seperti tudung bawal sesuai untuk memerah susu kerana ia nipis. Boleh juga menggunakan penapis teh yang digunakan mamak untuk membuat teh tarik, tapi pastikan bersih atau guna yang baru. Susu soya buatan sendiri baik untuk kesihatan kerana tiada bahan pengawet dan baik untuk mencegah penyakit kanser payu dara. Tapi ingat....jangan letak gula banyak sangat nanti kencing manis.....

BISKUT TEMBIKAI

Bahan-bahannya
  • 150 g gula kastor
  • 250 g mentega
  • 1 biji kuning telur Gred C
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 290-320 g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • secubit garam
  • sedikit pewarna merah dan hijau
  • 2-3 sudu besar bijan hitam
  • Paper cups
  • 1 biji putih telur (utk menyapu doh agar ianya melekat...tapi Aries tak pakaipun putih telur)
Cara-caranya
  • Pukul gula dan mentega hingga sebati, masukkan kuning telur dan susu pekat. Putar lagi hingga rata. Bubuh tepung gandum yg sudah diayak dengan serbuk penaik dan garam. Uli perlahan menjadi doh.
  • Bahagikan 3 bahagian, ambil 2 bahagian dan campurkan dengan bijan hitam dan pewarna merah. Ambil baki doh, campurkan dengan pewarna hijau. Buatkan bebola kecil dengan doh merah.
  • Canai doh hijau setebal 3 mm. Sapu sedikit putih telur pada bebola merah kemudian salutkan dengan doh hijau. Simpan seebentar di dalam peti sejuk (supaya mudah memotongnya).
  • Belah 4 bebola tadi dan atur di dalam paper cups dan barulah di letak di atas tin pembakar. Bakar pada suhu 160 C selama 20-25 minit atau hingga masak.
Nota: Masukkan tepung sikit-sikit dulu.

MARBLE CHEESE CAKE

Dsc01046

resipi by my .........

Bahan-bahan ( 8 orang )

  • (a) 500g krim keju. 50g gula.
  • (b) 230G Krim putar( topping cream).
  • (c) 5 biji kuning telur.
  • (d) 120g tepung.
  • (e) 1 biji Parutan kulit.
  • (f) 5 biji putih telur, 120g gula . 1 sudu jus limau
  • (g) 50g coklat , 1 sudu besar s

Cara-cara

  • Putar (a) sehingga lembut dan gebu. Campur(b) dan putar hingga tidak berbintil2.
  • Tambah (c) dan putar hingga sebati. Campur (d) dan (e). Kacau sehingga sebati. KetepiKAN SEBENTAR.
  • Pukul putih telur di (f) sehingga kembang. tambah bahan2 ramuan lain dan terus memukul hingga kembang. Adun adunan putih telur dengan keju dengan sempurna.
  • Cairkan coklat di (g). Campurkan susu ke dalam dan adun dengan 200g aduan keju hingga sebati. sapukan minyak dan alaskan kertas minyak di acuan.
  • Tuang 1/3 inti keju biasa ke dalam acuan. Tuang inti coklat keju ke atas. Tuang lagi baki inti keju biasa di kedua.dua lapisan.
  • Masukkan baki coklat keju ke dalam beg paiping kertas dan paipkan garisan( suka hati masing2). Guna lidi untuk membuat garisan bengkang bengkok di permukaan.
  • Bakar 150C SELAMA 90 MINIT sehingga kuning keemasan.

AGAR-AGAR PELANGI

Agar2_lapis_pelangi

Aziemas@myresipi.com

Bahan-bahan ( 22 cm )

Bhn A2 sudu makan serbuk agar2
  • 1200 ml air
  • 200 gram gula
  • Pewarna- hijau, merah dll
Bhn B
  • 2 sudu makan serbuk agar2
  • 400 ml santan
  • 800 ml air
  • 200 gram gula
  • 1/2 sudu teh garam

Cara-cara

  • Masak bahan A hingga hancur- kecuali warna
  • Kemudian tapiskan..letak dlm mangkuk. biarkan dlm bekas lain (kaedah double boiler) @ biarkan dgn api kecil
  • Masak bahan B hingga hancur - kecuali santan & garam
  • Dh masak..masukkn santan dan garam..didihkan sekejap shaja. Buat spt bhn A - tapis letak dlm mangkuk..biarkan dlm bekas lain ( double boiler) @ biarkan atas api kecil
CARA MENYUSUN
  • Sukat 250 ml agar2 (A) letak pewarna..masukan dlm loyang..biarkan dlm 5 minit @ agak keras
  • Susunan pertama dh agk keras..sukat lg 250 ml agar2 (B) tuang dlm loyang..biarkan dlm 5 minit
  • Ulangi langkah 5 & 6...hingga habis..tp setiap kali turn agar2 (A) kena letak pewarna..ikut sukalah nk letak warna apa..agar2 (B) tetap clear warna putih santan je...
  • Sapa2 yg tak suka manis sgt blh adjust rasa dia...

STRAWBERRY PIE [ 1 ]

26052008453

aa ni dia resipi pie yang kena buat from scratch

Bahan-bahan ( 1 biji size 10" )

Crust base:-
  • 140g tepung
  • 1/8 tsp garam
  • 30g gula kaster
  • 115g butter yang sejuk
  • 1-2 tbs air ais
Krim Pastri:-
  • 80g gula
  • 2 telur gred B (kacau2 sikit)
  • 1 telur kuning gred B (kacau sikit)
  • 2 tbs tepung jagung
  • 235ml susu
  • 120ml whipping krim
  • 2tsp esen vanilla
Topping:-
  • suka hati nk topping apa. saya dlm gambar nih pakai inti pie strawberry dalam tin
  • tapi sebagai variasi boleh pakai buah kiwi,strawberry, peach, anggur. semua buah hiris cantik cantik, anggur tak hiris pon tak pe
  • piping jelly

Cara-cara

crust base:-
  • campurkan garam, gula, tepung dalam satu mangkuk sederhana/mixer. potong butter jadi kuib kemudian masukkan pada tepung tadi
  • pakai blender pastri atau dough blade untuk blend sehingga jadi macam breadcrumb.
  • dalam bekas lain kacau telur kuning dengan air sejuk. kemudian baru campur pada adunan pastri tadi.
  • kacau sehingga adunan jadi lembap. doh sepatutnya dah boleh form jadi bola. bungkus dengan plastik wrap sempan dalam peti selama 30 minit.
  • kemudian rollkan doh kepada ketebalan yang suka dan 2.5cm lebar lagi dari loyang pie. then padankan pada loyang pie. kalau terkoyak masa transfer tepek je balik.
  • tebuk lubang pada dasar pastri dengan garfu.bakar crust pada 200c. selama 15minit.
  • keluarkan crust baru sapu telur pada crust then bakar balik selama 10-15minit atau samapai crust golden brown. then angkat sejukkan.
Krim Pastri:-
  • satukan gula, telur, telur kuning,dan tepung jagung dalam mangkuk sederhana. kacau then ketepikan.
  • dalam periuk panaskan/renehkan (simmer) krim dan susu. bila dah reneh alihkan drp api. satukan perlahan lahan ke campuran telur sambil kacau. awas jangan sampai termasak telur tu!
  • kacau pakai whisk tau. bila adunan tuh licin, panaskan balik sampai pekat. bila dah pekat biar sampai mendidih, masak selama 1 minit lagi. mesti kacau selalu takut berketul..
  • lastly baru masukkan esen vanilla. alih dari api. sejukkan.
  • bila crust dan krim pastri dah sejuk, tuangkan krim pada crust. setkan kejap selama 5 minit.
  • then susun buah buah yang dah hiris tadi then sapukan pipi jelly. or in mycase pakai yang ready made dalam tin.

NASI KERABU IZA

Nasi_kerabu_liza

lizacomel@myresipi.com

Bahan-bahan ( sekeluarga makan )

  • nasi putih (family liza makan nasi putih je) - sedap buat nasi kukus
*bahan kuah tumis*
  • 5-6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • 1 biji kelapa parut
  • 1 batang serai
  • cili giling
  • 1 biji cili merah
  • 1-2 ulas asam keping
  • garam secukup rasa
*bahan sambal kerisik ikan*
  • 3-4 ekor ikan kembung sederhana besar
  • 3-4 ulas asam keping
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji cili merah
  • serbuk lada hitam dan garam secukup rasa
*bahan budu*
  • budu - family liza suka cap sedap sengoti @ cap yacop
  • 4-5 biji cili padi
  • limau kasturi @ limau nipis @ lemon
*bahan ulam kerabu*
  • 5-10 biji kacang panjang
  • 1 biji timun
  • 1/4 biji kubis
  • 1 batang bunga kantan
  • 1 batang serai
  • 1 genggam daun kesum
  • 1 genggam tauge
*lauk (opsyenal)*
  • keropok ikan
  • telur masin
  • ayam goreng @ daging bakar @ ikan goreng celup tepung
  • bawang putih jeruk
  • solok lada - (haritu x buat,so, lenkali baru liza share resipi solok pulak)

Cara-cara

  • Kuah_tumis utk kuah tumis: dari sebiji kelapa, sediakan santan pekat dan santan cair...blendkan bawang merah, bawang putih dan halia...panaskan santan pekat dalam periuk...kacau dan tunggu sampai pecah minyak...tumiskan bahan-bahan yang diblend tadi...setelah naik bau,masukkan cili giling ikut suka...kalau suka pedas, letaklah banyak-banyak...masukkan santan cair dan serai yang telah diketuk...masukkan cili merah (jangan potong)...kacau dan tunggu pecah minyak lagi...masukkan asam keping...masak hingga agak-agak pekat yang dikehendaki...bubuh garam secukup rasa...
  • Sambal_kerisikutk sambal kerisik ikan: ikan kembung direbus dengan asam keping...kelapa digoreng tanpa minyak sehingga garing dan keperangan...kelapa goreng kemudiannya dikisar supaya sederhana halus...ikan rebus diambil isinya dan campurkan ke dalam kelapa goreng tadi...bawang besar dan cili merah dihiris...campurkan sekali lalu digaul rata-rata...bubuh serbuk lada hitam dan garam secukup rasa...
  • Budu utk budu: potong cili padi...masukkan ke dalam budu dan perahkan asam limau...
  • Ulam_kerabu utk ulam kerabu:
  • kesemua bahan-bahan ulam kecuali tauge dipotong/dihiris halus mengikut kesesuaian...
  • Nasi_kerabu_lizasedia utk dihidangkan - campur dan gaulkan nasi bersama kuah tumis, sambal kerisik ikan, budu dan bahan-bahan ulam...lauk opsyenal sebagai penambah selera

SERUNDING DAGING KELUARGA DIANA

Sumber: Diana

Resipi Serunding dari Mummy D ini versi ada rasa pedas, manis dan lembab. D lebih suka serunding yang lembab-lembab berbanding dengan serunding yang kering dan ada kala warna pucat kuning. Dari segi rasa memang Mummy D suka gunakan gula timbang/ gula Melaka sewaktu membuat Serunding

Bahan-bahannya
  • 2 biji kelapa parut putih, disanggar sehingga kering dan kuning sedikit
  • 250 gram daging, dipotong nipis
  • 3/4 cawan air asam jawa yang pekat
  • 4 helai daun limau purut
  • 4 helai daun salam
  • 1 helai daun kunyit (setengah dikisar dan setengah disiat)
  • ¾ cawan gula timbang + ¾ cawan gula pasir / 1 ketul gula Melaka (yang besar) + ¾ cawan gula pasir
  • ¼ cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa jika suka
  • Minyak untuk menumis
Bahan untuk dikisar
  • 20 tangkai lada kering, dibersihkan dan direndam dengan air panas
  • 10 batang cili padi
  • 3 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 ½ kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 6 batang serai
  • 2 inci lengkuas
  • ½ cawan serbuk ketumbar, disanggar
  • 2 sudu teh serbuk jintan halus, disanggar
  • ½ cawan udang kering
  • Setengah daun kunyit yang telah diketepikan untuk dikisar
Cara-caranya
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
  • Masukkan daun limau purut, daun salam, daun kunyit, air asam jawa dan ¼ cawan air. Gaul rata.
  • Kemudian masukkan garam, serbuk perasa, gula timbang/ gula Melaka bersama gula pasir dan juga daging. Masak sehingga rempah keluar minyak. Rasa rempahnya supaya ada rasa pedas, masam dan manis.
  • Akhirnya masukkan kelapa parut putih yang telah disanggar dan gaul sehingga rata. Kemudian boleh dihidangkan.
Nota:
  • Resipi diatas ini Mummy D beri yang ada rasa pedas sikit jadi ada umpphhh. Jika takut pedas jangan gunakan cili padi. Boleh anda gunakan gula timbang ataupun gula Melaka dan mesti tambah dengan ¾ cawan gula pasir supaya dapat mengimbangi rasa pedas dan manis pada Serunding yang dimasak.

MARUKU BIJAN

Sumber: Hajah Zahara Sudi

Bahan-bahan A
  • 600 gm tepung beras
  • 600 gm tepung pulut
  • 375 gm mentega
  • 50 gm jintan putih
  • 200 gm bijan
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • 2 atau 3 sudu teh serbuk cili
Bahan B
  • 1300 ml air dicampur dengan 1 sudu teh garam
  • 2 1/2 botol minyak untuk menggoreng
  • acuan muruku yang berbunga bintang
Cara-caranya
  • Dalam sebuah bekas yang besar, gaul rata semua bahan A sehingga ia menjadi abuk roti. Lubangkan ditengah-tengah adunan dan tuangkan air garam, sedikit demi sedikit, sambil diuli hingga menjadi satu adunan doh yang lembut, supaya ia mudah ditekan apabila menggoreng.
  • Panaskan minyak didalam kuali. Pastikan penutup acuan sudah diketatkan. Masukkan sedikit adunan kedalam acuan tadi, dan tekanlah dengan mengikut lingkaran bulat diatas minyak yang panas. Ketika menggoreng, jangan terlalu kerap dikacau. Biarkan seketika, baru dibalekkan, supaya ia tidak mudah patah.
  • Goreng sehingga garing. Angkat dan toskan. Bila sejuk, simpanlah didalam botol atau tin bertutup rapat. Gunakanlah minyak yang baik mutunya, jika mahukan maruku yang enak rasanya dan tahan lama.

CHEESE FRUIT CAKE BEBOP

Resepi: Saudari Bebop.

Bahan-bahannya
  • 170 gram buah-buahan campuran
  • 2 sudu besar jus oren
Bahan diatas ini digaul rata dan diperap selama 2 jam
  • 70 gram mentega
  • 70 gram krim keju
  • 70 gram gula perang
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil pes lemon
  • 80 gram tepung gandum
  • ½ sudu kecil baking powder
Cara-caranya
  • Pukul mentega, krim keju dan gula sehingga kembang.
  • Masukkan telur dan pes lemon dan pukul sebentar.
  • Masukkan tepung gandum dan baking powder berselang seli dengan campuran buah yang telah diperap dan gaul sebati.
  • Tuangkan adunan kedalam loyang dan bakar pada suhu 170’C – 180’C sehingga masak.
Nota:
  • Kalau mahu anda boleh taburkan kepingan badam diatas adunan kek sebelum dibakar. Sewaktu D mencubanya, selepas D sediakan adunan tepung D masukkan campuran buah-buahan akhir sekali dan gaul sikit bila dah sebati D pun tuang adunan dalam loyang. Beginilah rupa campuran buah-buahan yang telah D perapkan bersama jus oren, meriah warnanya.

D’TROPICAL PIZZA

Sumber : Diana / FRD / Mesra.net

Pizza yang anda boleh sediakan mengikut daya kreativiti anda. Base untuk pizza boleh juga anda gunakan resipi Donut Sifu Suria, insyaAllah sedap dan lembut. Untuk cheesy sides, D menggunakan Kraft Cheese String dan letakkan ditepi base dan tutup dengan base tepung.

Bahan untuk base pizza
  • 250 gram tepung roti
  • 250 gram tepung gandum
  • 1 sudu makan yeast
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1 ½ sudu besar minyak canola/ sayuran
  • 320 ml susu segar
Bahan untuk Topping
  • bawang putih
  • bawang merah
  • daging cincang
  • bunga kobis
  • jagung muda
  • cendawan butang
  • baked beans
  • mozarella cheese, diparut
  • Kraft Cheese Strings
  • Sos - ikut citarasa
Cara untuk base pizza
  • Bahan-bahan dicampur dan diuli sehingga licin dan lembut. Perap selama 30 minit, kemudian tumbuk dan uli lagi sedikit dan bahagikan kepada 3 bahagian (satu 300 gram).
  • Canai bulat dan kemudian perap selama 30 minit supaya ia naik. Bakar dalam oven setengah masak selama 5-10 minit pada suhu 180’C.
Cara untuk topping
  • Tumis bawang putih dengan sedikit minyak, masukkan bawang merah yang telah dihiris halus, masukkan daging cincang, letak sedikit garam dan serbuk perasa secukup rasa.
  • Masukkan sayur-sayuran, bunga kobis, jagung muda, cendawan butang dan tumis setengah masak. Topping telah sedia untuk digunakan.
Cara untuk membuat pizza
  • Untuk membuat pizza yang mempunyai cheese sides, lepas canai letakkan Kraft Cheese strings dan kemudian tutup dengan adunan tepung. Kemudian bakar setengah masak, kemudian sapukan dengan sos (selalu Diana gunakan sweet sour sauce yang dicampur dengan sedikit gula) ini selalu main campak2 sosnya.
  • Taburkan sedikit parutan mozarella cheese (supaya bila letak topping tak berterabur), letakkan topping sayur campuran, kemudian letak baked beans dan akhir sekali tabur parutan mozarella cheese.
  • Topping pizza boleh dipelbagaikan seperti menggunakan hotdog, nenas, daging ayam belanda (turkey), frankfurters dll. Creative sikit mencuba dan ia akan menghasilkan pizza ikut selera keluarga anda.
  • Kemudian bakar dalam oven pada suhu 170’C sehingga cheese cair. Keluarkan dari oven dan sedap dihidangkan sewaktu ia panas.