Pizza yang anda boleh sediakan mengikut daya kreativiti anda. Base untuk pizza boleh juga anda gunakan resipi Donut Sifu Suria, insyaAllah sedap dan lembut. Untuk cheesy sides, D menggunakan Kraft Cheese String dan letakkan ditepi base dan tutup dengan base tepung.
Bahan untuk base pizza
- 250 gram tepung roti
- 250 gram tepung gandum
- 1 sudu makan yeast
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu teh garam
- 1 ½ sudu besar minyak canola/ sayuran
- 320 ml susu segar
- bawang putih
- bawang merah
- daging cincang
- bunga kobis
- jagung muda
- cendawan butang
- baked beans
- mozarella cheese, diparut
- Kraft Cheese Strings
- Sos - ikut citarasa
- Bahan-bahan dicampur dan diuli sehingga licin dan lembut. Perap selama 30 minit, kemudian tumbuk dan uli lagi sedikit dan bahagikan kepada 3 bahagian (satu 300 gram).
- Canai bulat dan kemudian perap selama 30 minit supaya ia naik. Bakar dalam oven setengah masak selama 5-10 minit pada suhu 180’C.
- Tumis bawang putih dengan sedikit minyak, masukkan bawang merah yang telah dihiris halus, masukkan daging cincang, letak sedikit garam dan serbuk perasa secukup rasa.
- Masukkan sayur-sayuran, bunga kobis, jagung muda, cendawan butang dan tumis setengah masak. Topping telah sedia untuk digunakan.
- Untuk membuat pizza yang mempunyai cheese sides, lepas canai letakkan Kraft Cheese strings dan kemudian tutup dengan adunan tepung. Kemudian bakar setengah masak, kemudian sapukan dengan sos (selalu Diana gunakan sweet sour sauce yang dicampur dengan sedikit gula) ini selalu main campak2 sosnya.
- Taburkan sedikit parutan mozarella cheese (supaya bila letak topping tak berterabur), letakkan topping sayur campuran, kemudian letak baked beans dan akhir sekali tabur parutan mozarella cheese.
- Topping pizza boleh dipelbagaikan seperti menggunakan hotdog, nenas, daging ayam belanda (turkey), frankfurters dll. Creative sikit mencuba dan ia akan menghasilkan pizza ikut selera keluarga anda.
- Kemudian bakar dalam oven pada suhu 170’C sehingga cheese cair. Keluarkan dari oven dan sedap dihidangkan sewaktu ia panas.
0 comments:
Post a Comment