SERUNDING DAGING KELUARGA DIANA

Sumber: Diana

Resipi Serunding dari Mummy D ini versi ada rasa pedas, manis dan lembab. D lebih suka serunding yang lembab-lembab berbanding dengan serunding yang kering dan ada kala warna pucat kuning. Dari segi rasa memang Mummy D suka gunakan gula timbang/ gula Melaka sewaktu membuat Serunding

Bahan-bahannya
  • 2 biji kelapa parut putih, disanggar sehingga kering dan kuning sedikit
  • 250 gram daging, dipotong nipis
  • 3/4 cawan air asam jawa yang pekat
  • 4 helai daun limau purut
  • 4 helai daun salam
  • 1 helai daun kunyit (setengah dikisar dan setengah disiat)
  • ¾ cawan gula timbang + ¾ cawan gula pasir / 1 ketul gula Melaka (yang besar) + ¾ cawan gula pasir
  • ¼ cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa jika suka
  • Minyak untuk menumis
Bahan untuk dikisar
  • 20 tangkai lada kering, dibersihkan dan direndam dengan air panas
  • 10 batang cili padi
  • 3 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 ½ kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 6 batang serai
  • 2 inci lengkuas
  • ½ cawan serbuk ketumbar, disanggar
  • 2 sudu teh serbuk jintan halus, disanggar
  • ½ cawan udang kering
  • Setengah daun kunyit yang telah diketepikan untuk dikisar
Cara-caranya
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
  • Masukkan daun limau purut, daun salam, daun kunyit, air asam jawa dan ¼ cawan air. Gaul rata.
  • Kemudian masukkan garam, serbuk perasa, gula timbang/ gula Melaka bersama gula pasir dan juga daging. Masak sehingga rempah keluar minyak. Rasa rempahnya supaya ada rasa pedas, masam dan manis.
  • Akhirnya masukkan kelapa parut putih yang telah disanggar dan gaul sehingga rata. Kemudian boleh dihidangkan.
Nota:
  • Resipi diatas ini Mummy D beri yang ada rasa pedas sikit jadi ada umpphhh. Jika takut pedas jangan gunakan cili padi. Boleh anda gunakan gula timbang ataupun gula Melaka dan mesti tambah dengan ¾ cawan gula pasir supaya dapat mengimbangi rasa pedas dan manis pada Serunding yang dimasak.

0 comments:

Post a Comment