Apam Susu Everyday

Enak dihidangkan untuk sarapan pagi & minum petang.

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 3 biji telur
  • 1 gelas air
  • 1 gelas minyak masak
  • 1 gelas gula halus
  • 1 gelas susu tepung everyday
  • 1 ½ sudu the soda bikarbonat
  • ½ tin susu pekat manis
  • 2 gelas tepung gandum

Cara-cara

  • Pukul telur & gula hingga kembang
  • Masukkan minyak masak & air. Pukul hingga kembang
  • Masukkan susu pekat & susu tepung everyday.
  • Akhir sekali masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat
  • Sapu acuan apam dengan sedikit minyak
  • Kukus selama 1 jam.

0 comments:

Post a Comment