TALAM DURIAN PULUT HITAM

Sumber:Diana


Lapisan Bawah
  • 14 oz pulut hitam
  • 16 oz pulut putih
  • 24 oz santan pekat
  • sedikit garam
  • 20 sen daun pandan
Lapisan Atas
  • 6 cawan santan pekat
  • 12 sudu makan tepung gandum
  • 4 sudu makan tepung kanji/ tepung jagung
  • 8 biji telur
  • 3 1/2 cawan gula pasir
  • 6 ulas isi durian
  • sedikit pewarna kuning
  • sedikit garam
  • daun panda
Cara membuat Lapisan Bawah
  • Pulut hitam dan pulut putih dicampurkan, dicuci dan direndam selama 1 jam. Kemudian toskan airnya, masukkan pulut tadi kedalam loyang, tuangkan santan dan letakkan daun pandan diatasnya yang telah dicampurkan dengan garam dan kukus dengan api yang sederhana selama 1 jam. Keluarkan dari kukusan dan gaul rata pulut yang telah dikukus. Daun pandan dibuang dan kemudian tekan dengan plastik. Kalau plastik melekat letakkan sedikit sahaja minyak masakan. Kalau panas gunakan tuala dalam plastik sebagai alas. Tekan pulut hingga mampat dan ratakan.
Cara membuat Lapisan Atas
  • Satukan kesemua bahan-bahan tadi dan blender hingga rata dan sebati. Bubuh sedikit pewarna kuning dan blender rata lagi. Masak diatas api kecil sehingga berwap. Kacau adunan selalu jangan ditinggalkan nanti ia berkerak didasar periuk. Tuangkan adunan ini keatas adunan pulut didalam loyang dan kukus sehingga masak selama 1 jam dengan api yang kecil.
Nota:
  • Kukusan hendaklah dibungkus dengan kain supaya air wap tidak jatuh kedalam kuih. 1 oz = 28.3 gram.
Rujukan Gambar:-

Step 1 - Campurkan pulut hitam dan putih dan letakkan didalam loyang.
Step 2 - Tuangkan santan yang telah dicampurkan dengan sedikit garam dan letak daun pandan diatasnya. Kemudian dikukus.
Step 3 - Masak adunan Lapisan Atas sehingga berwap.
Step 4 - Gaul pulut dan tekan pulut hingga mampat menggunakan plastik yang diletak sedikit minyak makan (supaya tak melekat). Kalau panas masukkan tuala didalam plastik macam bonda D buat ni.

0 comments:

Post a Comment