BATURA /KEEMA MADRAS



Sumber: Resepi ROZZAN


BATURA

Bahan-Bahan:

  • 400 gm tepung gandum
  • 120 gm susu cair
  • 100 gm minyak sapi
  • ½ sud uteh garam
  • 1 sudu makan yeast segera
  • 3 sudu makan tairu
  • ½ sudu teh bacom A100 (sejenis pemangkin)- saya gunakan bread improver
  • 1 sudu teh baking powder
  • secukup minyak jagung utk menggoreng (saya guna minyak biasa)

Cara:

  • Satukan kesemua bahan dan uli hingga rata. Kemudian perap doh selama 10 minit.
  • Selepas itu, ambil secukup doh, canai setebal 5 mm ( ½ cm) dalam bentuk bulat atau bujur.
  • Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan sekeping doh tadi perlahan-lahan ke dalamnya.
  • Teruskan menggoreng hingga kekuning-kuningan dan masak.
  • Angkat dan toskan. Hidangkanlah bersama Keema Madras.



KEEMA MADRAS

Bahan-Bahan:

  • 350 gm daging lembu atau ayam (kisar)
  • 2 biji kentang (potong dadu)
  • 2 biji tomato (potong dadu)
  • 1 cawan sayur campur (mixed vege)
  • beberapa tangkai daun ketumbar
  • 2 biji bawang besar (potong dadu)
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan garam masala (saya gunakan 1 sudu makan)
  • 4 sudu makan rempah kari daging (tumis bersama halia, b.putih)

Cara:

  • Tumbuk halia dan bawang putih hingga lumat. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumbuk ini hingga garing. Masukkan bawang besar serta garam masala dan terus menumis hingga bawang layu. Masukkan daging cincang, kentang dan tomato.
  • Tuang air secukupnya dan masaklah hingga daging dan kentang empuk. Akhir sekali, masukkan garam dan sayur campur. Masak hingga kuahnya agak pekat.

Pemerhatian Saya:
1) Resipi Batura ni mmg sedap cuma.. agak muak sedikit kerana penggunaan minyak sapi yg agak banyak – 100 gm bagi 400 gm tepung. Mungkin, percubaan seterusnya, saya akan kurangkan sukatannya atau gunakan 50 gm minyak sapi + 50 gm minyak jagung/biasa.

2) Oleh kerana susu cair/sejat pun agak lemak, mungkin anda boleh gunakan susu segar atau susu rendah lemak.

3) Oleh kerana tidak terbiasa dgn pengunaan garam masala, saya telah ubah sedikit resipi keema ini dgn menambah serbuk rempah kari ke dalamnya.

4) Di negara India/Pakistan, Batura juga dimakan dgn hidangan Chana Masala iaitu sejenis lauk yg diperbuat dari kacang kuda.

0 comments:

Post a Comment