STRAWBERRY SHORTCAKE




Sumber : baking.about.com

Bahan-bahan :

  • 1 1/4 cawan tepung
  • 3/4 cawan gula
  • 1/3 cawan butter
  • 2/3 cawan susu segar
  • 2 biji telur
  • 2 1/2 tsp baking powder
  • 1/2 tsp garam halus
  • *Buah strawberry, whipping cream dan cooking choc secukupnya.
Cara-cara :
  • Panaskan oven pada suhu 180 darj cel. Lapik loyang dgn grease proof paper.
  • Campurkan kesemua bahan dalam mixer bowl dan pukul pada kelajuan sederhana selama 2 minit - 3 minit.
  • Sesekali scrape tepi dan bawah bowl supaya semua gula dan butter yg melekat dapat digaul sebati.
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 20min - 25min.
  • Biarkan sejuk di dalam pan. Hias dengan strawberry dan whipping cream.

  • Kalau diikutkan cara yang betul, buah strawberry harus dihiris nipis dan digaul dengan gula dan diperap beberapa jam. Biar ia sebati dan jadi macam filling. Tapi oleh kerana nak cepat Rinn hias aje ikut suka hati Rinn.
  • Oh ye..nak cover lagi strawberry masam tu, Rinn celup dengan coklat pulak. Janji semuanya boleh di assemble dan boleh dimakan.
  • Banyak website yang tunjuk resipi dan image resipi ni..tapi mat salleh ni suka main tenggek-tenggek aje buah strawberry bergula dan main sapu-sapu aje whipping cream tu. So simple.. yet, still look so delicious..

0 comments:

Post a Comment