Ulasan dari D biskut ini memang sedap dan yang buat sedap tu lepas dibakar ia disalut dengan susu tepung dan gula aising. D ada buat dua cara selepas D hubungi Kak Suria bertanyakan mengenai biskut ini kalau tak salut dengan susu tepung dan gula aising, D cuba hiaskan dengan ceri merah pun sodap ehhhh. Jadi anda boleh cuba salah satu cara tapi yang lagi sodap yang letak susu tepung dan gula aising tu.
Sumber:Resepi DIANA , Sifu Suria (Teratak Chetam-June 2006)Bahan-bahannya
- 250 gram mentega
- 4 oz gula kaster
- 2 cawan rolled oats, dikisar
- 2 sudu besar serbuk koko
- 2 cawan tepung gandum
- Gula aising secukupnya
- Susu tepung secukupnya
- Pukul mentega dan gula sehingga sebati.
- Masukkan serbuk koko dan gaul sebati. Masukkan rolled oats, gaul lagi dan akhir sekali masukkan tepung dan gaul sehingga menjadi doh.
- Bentukkan seperti jejari atau bentuk ikut suka. Bakar pada suhu 170’C selama 10 – 15 minit. Selepas ia sejuk golekkan biskut dengan gula aising dan tepung susu.

































0 comments:
Post a Comment