BUBUR ASYURA KELUARGA DIANA


Kepada umat Islam seluruh dunia, Selamat Menyambut Hari Asyura. Seperti kebiasaan, D menyediakan Bubur Asyura. Bubur Asyura mempunyai campuran 7 macam kekacang, tetapi terpulang kepada anda apa yang ingin anda gunakan

Bahan-bahannya
  • 1 tin susu beras, dicuci bersih
  • 1 liter santan
  • 1 cawan kacang hijau (yang telah dibuang kulit)
  • 1 cawan kacang dhal
  • 1 cawan kacang tanah
  • 1 cawan kacang lepat
  • 1 cawan kacang gajus
  • 1 tin kacang kuda
  • 1 tin kacang parang
  • 3 biji kentang, didadu
  • 1 batang lobak, didadu
  • 1 cawan daging cincang
  • 1 batang kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 4 tangkai bunga cengkih
  • Sedikit bunga lawang
  • Air secukupnya untuk merebus beras dan kekacang
  • Secukup hirisan telur yang telah didadar, untuk hiasan
  • Secukup daun sup
  • Secukup bawang goreng
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa jika suka
  • Minyak/ minyak sapi untuk menumis
Bahan untuk dikisar
  • 3 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • 4 sudu makan serbuk ketumbar
  • 2 sudu makan serbuk jintan
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • ½ cawan udang kering, direndam dan dibersihkan
Kacang Lepat, Kacang Parang dan Kacang Kuda



Sewaktu penyediaan Bubur Asyura



Cara-caranya
  • Kacang dhal, kacang hijau (tidak berkulit), kacang tanah dan beras yang telah dibersihkan dimasukkan kedalam periuk besar dan direbus bersama air sehingga ia kembang selama 1 jam. Air mestilah banyak dan cukup untuk mengembangkan kekacang dan juga beras.
  • Masukkan kacang gajus, kacang lepat dan rebus lagi sehingga empuk.
  • Masukkan pula kentang dan lobak yang telah dipotong dadu dan masak sehingga ia empuk.
Tumis Darat:
  • Menggunakan kuali yang berasingan, panaskan secukupnya minyak sapi/ minyak dan masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan juga bunga lawang.
  • Tumis bahan yang telah dikisar sheingga naik bau. Masukkan daging cincang dan masak sehingga ia bertukar warna.
  • Masukkan juga garam dan juga serbuk perasa. Angkat dan ketepikan.
  • Didalam periuk yang berisi bubur tadi , masukkan santan. Biarkan ia mendidih sekejap. Masukkan pula kacang kuda dan kacang parang dalam tin (kacang in tidak perlu direbus terlebih dahulu kerana telah pun empuk jadi masukkan pada waktu terakhir).
  • Gaul rata bubur tersebut dan masukkan pula rempah yang telah ditumis secara darat tadi. Gaul rata dan rasakan garamnya, tambah jika perlu.
  • Masukkan secukupnya hirisan daun sup dan bawang goreng. Gaul rata bubur tersebut dan siap untuk dihidang. Hidangkan bubur ini sewaktu ia panas dan hiaskan bersama hirisan daun sup, bawang goreng dan juga hirisan telur yang telah didadar.

0 comments:

Post a Comment