TALAM JAGUNG











Sumber : Bro Rozzan

Bahan-Bahan (Lapisan bawah)
  • 350 ml santan (saya gunakan 200ml santan kotak, 150 ml air)
  • 75 gm tepung beras
  • 1 sudu besar tpg jagung
  • 200 gm krim jagung (cream corn dlm tin)
  • 4 sudu besar (abt 40-50 gm) gulasecubit garam
Cara:
  • Satukan semua bahan di dalam mangkuk kecuali krim jagung. Kacau rata dan tapiskan kedalam periuk. Kemudian, masukkan krim jagung dan kacau hingga sebati. Setelah itu, masaklah sebentar di atas api yg sederhana sehingga pekat sedikit lalu tuangkan ke dalam loyang yg telah disapu minyak sedikit. Kukus hingga masak -lebih kurang 15 minit.
Bahan-Bahan Lapisan Atas
  • 300 ml santan pekat
  • 3 biji telur (saiz besar)-kocok sedikit
  • 3 sudu besar (bumbung) tepung gandum
  • 130 gm gula
  • 1/2 sudu teh pes pandan
  • 1/2 sudu teh garam
  • sedikit pewarna hijau (optional)
  • secubit vanilli
Cara:
  • Satukan semua bahan dan tapis ke dalam sebuah periuk. Masak sebentar di atas api yg sederhana (abt 5-8 min). Tuangkan ke atas lapisan pertama tadi dan kukus hingga masak selama kira-kira 20-25 minit. Sejukkan sebelum dipotong.
Nota:

1) Anda boleh juga terus tuangkan bahan lapisan atas ke atas lapisan bawah tanpa memasaknya di atas api. Pastikan bahan telah dikacau rata dan ditapis.

2) Permukaan lapisan atas kuih saya ni bergelombang sket kerana heheh... saya letak terlebih telur. Instead of 3, I put in 4. Tu hah yg tak rata.. Tapi rasanya lebih lemak arr ..

0 comments:

Post a Comment