CHOCOLATE HAZELNUT COOKIES

Bahan-bahannya:
  • 250 gm mentega
  • 100 gm kacang panggang hazelnut (kisar halus)- saya kisar 1/2 kasar 1/2 halus
  • 225 gm tepung Hong Kong (saya tambah sedikit lagi jika adunan lembik)
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 70 gm gula halus
  • 50 gm tepung beras
  • secukup badam/hazelnut cincang (dibakar sebentar)
  • secukup hazelnut (dibakar sebentar)
Peraturan:
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan tepung Hong Kong, tepung beras dan hazelnut kisar. Ambil sebiji hazelnut, bolotkan dengan adunan tepung tadi hingga menjadi seperti bola. Ulang sehingga kesemua hazelnut dan adunan habis. Bakar di dalam oven dengan suhu 170 darjah Celsius. Setelah masak, sejukkan dan celup dengan cokelat mohrenglanz yang telah dicairkan. Masukkan ke dalam acuan kertas lalu taburkan di atasnya dengan badam/hazelnut cincang.
Cara saya:
  • Selepas menabur badam/hazelnut cincang, biarkan cokelatnya kering baru dicelupkan lagi atau tuangkan cokelat (kali kedua) ke atas cookies tadi dan taburkan badam/hazelnut (kali kedua).
Selamat mencuba!

0 comments:

Post a Comment