TALAM CENDOL















jangan pengsan tengok warnanya k! This is my 1st time using this colour. Kalau sesaper nak cuba, silakan!


Bahan Lapisan Bawah

  • 600 ml santan cair (saya gunakan 300ml santan kotak + 300 ml air)
  • 100 tepung beras
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu makan tepung Hoon Kwee
  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu teh garam
  • 80 gm jagung biji dalam tin (whole kernel corn)
  • 80 gm kacang merah /red kidney bean- rebus hingga empuk atau beli yg dlm tin jer
  • 80 gm cendol

Cara:

  • Gaul rata kesemua bahan di atas lalu ditapis ke dalam periuk. Masak dgn api perlahan sehingga adunan pekat. Adunan hendaklah sentiasa dikacau agar tidak bergentel-gentel. Masukkan jagung, kacang merah dan cendol lalu kacau sebentar. Matikan api dan bubuh dalam loyang yg telah disapu sedikit minyak. Ratakan. Kukus hingga masak (kira2 10-15 minit). Sesudah itu, tuang adunan lapisan atas ke atas permukaan lapisan bawah tadi. Kukus hingga masak (kira-kira 15-20 minit)

Bahan Lapisan Atas

  • 450 ml santan pekat
  • 4 biji telur (grade A)-kalau kecil gunakan 5 biji
  • 4 sudu makan (bumbung) tepung gandum
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 200 gm gula
  • garam secukup rasa.
  • 1/2 sudu teh vanilli
  • sedikit pewarna merah jambu

Gaul semua bahan-bahan dan masak sebentar di atas api yg kecil sehingga naik wap sket.

0 comments:

Post a Comment