CHEESE FRUIT CAKE BEBOP

Resepi: Saudari Bebop.

Bahan-bahannya
  • 170 gram buah-buahan campuran
  • 2 sudu besar jus oren
Bahan diatas ini digaul rata dan diperap selama 2 jam
  • 70 gram mentega
  • 70 gram krim keju
  • 70 gram gula perang
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil pes lemon
  • 80 gram tepung gandum
  • ½ sudu kecil baking powder
Cara-caranya
  • Pukul mentega, krim keju dan gula sehingga kembang.
  • Masukkan telur dan pes lemon dan pukul sebentar.
  • Masukkan tepung gandum dan baking powder berselang seli dengan campuran buah yang telah diperap dan gaul sebati.
  • Tuangkan adunan kedalam loyang dan bakar pada suhu 170’C – 180’C sehingga masak.
Nota:
  • Kalau mahu anda boleh taburkan kepingan badam diatas adunan kek sebelum dibakar. Sewaktu D mencubanya, selepas D sediakan adunan tepung D masukkan campuran buah-buahan akhir sekali dan gaul sikit bila dah sebati D pun tuang adunan dalam loyang. Beginilah rupa campuran buah-buahan yang telah D perapkan bersama jus oren, meriah warnanya.

0 comments:

Post a Comment