Creamy n nice! Sesuai utk supper...
Bahan-bahan ( 6 )
- 500 gm daging ayam bahagian dada – dipotong kiub/dadu
- 1 cawan stok ayam (boleh guna kiub ayam hancurkan dalam air)
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1 1/2 cawam susu segar
- 3 sudu besar butter
- 1 ulas bawang besar kuning - cincang
- 1 cawan celery - cincang
- 1/3 cawan tepung gandum serbaguna
- 2 cawan mixed vegetables (yang frozen tu, tapi defrost dulu)
- 1 sudu besar parsley cincang
- 1/2 sudu kecil herba thyme kering
- Sekeping readymade shortcrust pastry untuk kulit pie (saiz Pyrex 9 inci) - ada jual di pasaraya
- Sebiji telur - dipukul sedikit
Cara-cara
- Campurkan daging ayam, stok ayam, garam dan lada hitam dalam periuk dan masak atas api sederhana. Kecilkan api bila mendidih. Tutup dan renih hingga ayam masak (dalam 10-20 minit). Keluarkan dari periuk, masuk dalam mangkuk besar. Masukkan susu ke dalam campuran ayam dan stok tadi.
- Dalam periuk yang sama, cairkan butter, masukkan bawang dan celery. Goreng selama 3 minit. Bila bawang dah layu, masukkan tepung gandum, kacau. Kemudian masukkan campuran stok ayam dan susu tadi sedikit demi sedikit. Renihkan, kacau sekali sekala hingga pekat dan mendidih.
- Masukkan frozen veggies, parsley dan thyme, kacau. Bila dah naik bau, tutup api dan tuang ke dalam mangkuk pie Pyrex atau bekas tahan panas (loyang pun boleh).
- Panaskan oven 200 darjah Celcius.
- Canai shortcrust pastri atas permukaan yang ditabur sedikit tepung. Canai biar 1 inci lebih dari mangkuk pie. Tebuk lubang pada kulit pie guna garfu (cucuk je).
- Letak pastri atas mangkuk pie. Tekan tepi-tepi mengikut bentuk keliling mangkuk pie. Potong lebihan pastri. Kumpul lebihan pastri tu, canai balik dan potong bentuk ikut suka dan susun atas kulit pie. Saya buat bentuk bunga coz itu je cookie cutter yang ada ;-)
- Sapukan telur atas kulit pie. Bakar dalam oven selama 30 minit atau sehingga kulit pie dah golden colour dan inti dah bubbling (menggelegak). Keluarkan dari oven, sejukkan 10 minit, bolehlah dihidang.
0 comments:
Post a Comment