Kek Coklat Termenung

Step_by_step_455

Mat Gebu@myresipi.com

Bahan-bahan ( Berdiameter 30 cm dan berlubang di tengah2 )

  • 250 g tepung gandum*
  • 1 camca teh soda bicarbonate*
  • 1/2 camca teh baking powder*(*disatukan , gaul dan ayak)
  • 250 g coklat susu (sebarang jenama)
  • 160 g gula pasir
  • 5 biji telur gred A
  • 15 g ovallate
  • 250 ml minyak jagung
  • 1 camca teh esen vanilla dan secubit garam

BAHAN UNTUK HIASAN:-

  • 200 g coklat masakan
  • 100 ml UHT whipping cream
  • 1 camca teh mentega
  • Chocolate curls secekupnya

Cara-cara

  1. Step_by_step_447
    Dalam mixer bowl, satukan telur dan gula. Pukul pada kelajuna tinggi hingga kembang, masukkan garam, ovallate dan esen vanilla. Terus memukul hingga betul2 kembang (seperti adunan baulu).
  2. Step_by_step_448
    Sementara telur kembang, cairkan coklat susu secara double-boiler (iaitu meletakkan coklat dalam bekas tahan panas dan tenggekkan atas air mendidih) kacau hingga coklat cair dan angkat. Biar coklat suam.
  3. Step_by_step_450
    Masukkan coklat cair tadi dan terus memukul hingga sebati. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
  4. Step_by_step_451
    Tuang pula minyak jagung perlahan2 hingga habis, putar hingga rata dan sebati.
  5. Step_by_step_453
    Tuang dalam acuan yg telah disapu dgn mentega dan ditabur sedikit tepung. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 30 - 35 minit. Bila masak, keluarkan kek dan sejukkan atas redai.
  6. Step_by_step_459
    UNTUK GANACHE:- Satukan coklat masakkan dan UHT whipping cream dalam bekas tahan panas dan cairkan dgn kaedah double-boiler hingga cair. Masukkan mentega dan gaul hingga rata. Angkat dan biar suam sedikit dan boleh tuang atas kek tadi. Hias dgn "chocolate curls".
  7. Step_by_step_458
    CHOCOLATE CURLS:- Gunakan pisau pengupas kentang dan larikkan mata pisaunya di bahagian tepi coklat masakkan. Pastikan coklat berada pada suhu bilik.

0 comments:

Post a Comment