MOIST CHOCOLATE CAKE


Dscn0099

kek ni semi-moist. lebih sedap kalau dibiarkan semalaman dahulu sblm dipotong atau dihias


Bahan-bahan ( 23cm )

  • 220gm tepung
  • 50gm serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/4 sudu teh soda bikarbonat
  • 190gm mentega
  • 330gm gula kastor
  • 1 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji telur (gred A)
  • 250ml air sejuk

Cara-cara

  • Ayakkan tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat tiga kali. Ketepikan dahulu.
  • Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
  • Masukkan telur dan kacau sebati.
  • Masukkan bahan-bahan yang telah diayak dan air ke dalam adunan, kacau lagi.
  • Tuangkan adunan ke dalam acuan yg telah disapu dengan mentega dan dibakar dalam ketuhar 180degree selama 30-35 minit (sehingga masak).

0 comments:

Post a Comment