KUIH LOMPANG


010520081513

salah satu kuih tradisional yang mmmmmm sedap...


Bahan-bahan ( . )
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu makan tepung ubi
  • 1 sudu kecil air kapur
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan gula merah
  • 2 cawan air
  • daun pandan
  • kelapa parut putih + secubit garam + daun pandan simpul - kukus kejap

Cara-cara

  • - satukan gula melaka dan gula pasir dalam periuk kecil kemudian masukkan 1 cawan air bersama daun pandan. masak atas api kecil hingga gula larut. sejukkan sebentar
  • satukan tepung beras dan tepung ubi dan tuang satu cawan air dan air kapur. gaul rata
  • kemudian tuang air gula yang telah sejuk tadi. gaul hingga sebati
  • tapis adunan dan tuang dalam acuan lompang yang telah di sapu ngan sedikit minyak.
  • kukus 10 minit atau hingga masak. bila dah masak kuih akan jadi berlubang di tengahnya.
  • hidang bersama kelapa parut yang di kukus tadi.

0 comments:

Post a Comment