Udang Berahi McCormick


Ss3_064

baru dpt idea nak masak dinner ptg td.. pas seharian lepak kangkung depan myR.. sedap ker tak?? cube larh..


Bahan-bahan ( bgantung daya makan anda )
  • 15 ekor udang di cuci bersih
  • 1 labu bawang besar di potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - di dadu kecil
  • 1/2 biji kentang dipotong dadu
  • 1 sk pizza seasoning (asmi guna mccormick punyer)
  • 1 sb kicap manis
  • 1 sb serbuk cili
  • sedikit garam
  • 1 sb minyak bijan
  • 1/2 sb minyak masak

Cara-cara

  • panaskan minyak masak dan minyak bijan dalam kuali
  • tumis bawang merah, bawang putih, dan kentang hingga bawang kekuningan.. guna api kecil supaya kentang sempat empuk
  • bancuhkan serbuk cili dgn sedikit air. masukkan dlm kuali. goreng sedikit
  • masukkan udang, serbuk rempah pizza, kicap manis, dan garam.
  • bila udang dah masak, kira dah siap 1 menu utk lunch @ dinner

0 comments:

Post a Comment