KUIH TALAM PANDAN


Dscf4193_copy_resize

Memang sedap.

Bahan-bahan ( 15 org=2 loyang )


LAPISAN BAWAH-HIJAU:*
  • 1 1/2 cwn gula
  • 2 1/4 cwn tepung beras
  • 1/3 cwn tepung gandum
  • 5 1/2 cwn air pandan (10 helai daun pandan)
  • 1 1/2 tbs air kapur

LAPISAN ATAS-PUTIH:**
  • 1/3 cwn tepung beras
  • 3 cwn santan
  • 4 tbs tepung jagung
  • 1 tsp garam

Cara-cara

  • Campurkan semua bahan *. Kacau hingga tak bergentel. Masak sekejap dgn api sederhana, kacau. Cukup sampai naik wap dan gula hancur
  • Isikan dalam acuan yg di sapu minyak. Kukus hingga masak . (15-20min) bergantung kepada size bekas.
  • Campur semua bahan **. Kacau. masak sekejap dengan api sederhana hingga naik wap.
  • tuangkan atas lapisan hijau, dan kukus lagi hingga masak.
  • pastikan penutup kukusan di bungkus dengan kain, utk menghasilkan permukaan yg cantik & rata.
  • Biar betul2 sejuk baru potong

0 comments:

Post a Comment