URAP DAUN SILOM


Urapsilom

Masakan kampung lagi, warisan emak jugak. Kita makan ulam-ulaman pulak...


Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • Secekak silom @ selom
  • 2 biji cili merah
  • Sedikit belacan - dalam 2 cubit
  • 4 ulas bawang merah - dimayang halus
  • 2 jemput ikan bilis
  • Garam secukup rasa
  • Cili padi - kalau nak pedas tapi saya tak gunakan
  • Kelapa parut secukupnya

Cara-cara

  • Cili merah ditumbuk bersama sedikit garam dan belacan hingga lumat.
  • Kemudian masukkan ikan bilis dan ditumbuk sedikit, jangan sampai hancur. Cukup setakat untuk pecah2kan ikan bilis sahaja.
  • Masukkan pula kelapa parut dan ditumbuk ala kadar sahaja. Jangan sampai lumat.
  • Urapsilom-perencah
    Keluarkan bahan2 yang ditumbuk dari lesung dan masukkan ke dalam bekas @ mangkuk. Campurkan bawang yang telah dihiris dan gaul hingga rata. Ketepikan.
  • Urapsilom-potong2
    Cuci bersih daun silom dan dipotong halus - macam potong daun bawang/sup.
  • Campurkan daun silom yang telah dipotong bersama dengan bahan2 yang telah ditumbuk. Kacau hingga rata dan sebati.
  • Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas....
  • Silom boleh digantikan jugak dengan kacang botol ke, pegaga ke. Emmm...sedapnya!

0 comments:

Post a Comment