PAI TUNA DAN CENDAWAN


Tuna_pie

Sesuai untuk semua majlis

Bahan-bahan ( 14 biji )


UNTUK DOH PAI:-

  • 260 g tepung halus (tepung gandum pun ok)
  • 100 g mentega, didadu dan sejukkan
  • 1 biji telur Gread A, dikocok sedikit
  • 1/2 camca teh garam
  • 65 ml susu segar, disejukkan

UNTUK ISI PAI:-

  • 1 tin ikan tuna (185 g), ditoskan
  • 5 biji cendawan butang dalam tin, dihiris halus
  • 1 biji bawang besar, cincang halus
  • 2 helai bay leaf
  • 100 ml susu segar
  • 1/2 camca teh serbuk cili (jika suka)
  • 1 camca besar mentega
  • Secubit garam
  • 1 kuning telur, utk mengglis tat
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus

Cara-cara

  1. Pie_crust_dough
    UNTUK DOH PAI:- Satukan tepung dgn garam. Masukkan mentega sejuk dan gaul ramas hingga adunan seakan2 serbuk roti. Masukkan telur dan terus menggaul hingga rata. Tuang kan susu sejuk sedikit demi sedikit sambil terus diadun hingga menjadi doh yg tidak melekat di magkuk adunan. Bungkus doh dan simpan dalam peti sejuk 20 minit. Jgn bimbang jika susu tidak habis digunakan.
  2. Tuna_and_muschroom_filling
    UNTUK ISI PAI:- Panaskan mentega dan tumis bawang besar, bawang putih dan cendawan hingga perang.Masukkan serbuk cili, bay leaf dan garam. Tuang isi ikan tuna dan gaul hingga sekata. Masukkan susu dan masak hingga hampir kering. Angkat dan sejukkan.
  3. Pie_crust_betwwen_2_sheet_of_plastic
    Keluarkan doh dari peti sejuk dan biarkan sebentar. Ambil kurang lebih sekepal doh (jgn terlalu besar) dan letak diantara 2 lapisan plastik. Canai doh setebal 3 mm dan alaskan doh tadi ke dalam acuan tat. Kemaskan dan potong lebihan doh
  4. Yummy_tuna_filling
    Isikan tat tadi dgn ikan tuna. Biar penuh.
  5. Get_ready_for_action
    Canai doh lagi dan terap dgn acuan bulat kurang lebih berdiameter 7 cm, dan tutup tat tadi. Kemaskan tepinya dan tekan2 bhg tepinya sedikit supaya lekat. Potong lebihan doh. Terap bentuk sekuntum bunga dan tepekkan di tgh2 tat tadi. Corak hiasan terpulang pada masing2.
  6. Ready_to_bake
    Kemudian, cucuk beberapa lubang dgn menggunakan lidi sate. Tujuannya ukt melepaskan wap semasa proses pembakaran. Sapu dgn kuning telur dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 - 25 minit.
  7. 6cm_x_2cm_pie_or_tart_mould
    Untuk pengetahuan semua, utk resepi ini, mat gunakan acuan tat ber diameter 6cm dan 2cm tinggi (seperti dalam gambar). Kepelbagaian bentuk dan ragam rupa terpulang pada semua.

0 comments:

Post a Comment