Bavarois asal dr perkataan French utk cream dessert
Bahan-bahan ( 5-6 org )
- 300g strawberi
- 2 biji telur kuning
- 3/4 cawan susu segar
- 1 cawan fresh cream
- 90g gula halus
- 12g gelatin
- strawberi untuk hiasan
Cara-cara
- Campurkan gelatin dengan 6 sudu besar air. Kacau dan ketepikan
- Buang bahagian hijau strawberi. Kisar biar jadi bentuk puri(puree)
- Masukkan telur kuning ke dalam periuk. Letakkan guna sikit-sikit sambil dikacau. Kemudian masukkan pula susu. Panaskan dengan api kecil. Sambil tu kacau sehingga gula hancur. Lepas tu padamkan api.
- Pindahkan no.3 tadi ke dalam mangkuk. Sejukkan dengan lapik ketulan ais di bawah mangkuk. Kacau sehingga jadi pekat.
- Dalam mangkuk lain, pukul fresh crem sehingga pekat.
- Masukkan no.2 ke dalam no.4 kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan pula fresh cream yg telah dipukul pekat tadi. Kacaukan.
- Tuangkan ke dalam bekas yang telah dibasahkan dengan air untuk disejukkan. Simpan dalam peti ais sebelum dimakan.
0 comments:
Post a Comment