UPSIDEDOWN PINEAPPLE CAKE


Step_by_step_259

Mat Gebu@myresipi.co

Bahan-bahan ( Acuan bulat berlubang tengah berukuran 35 cm )

  • 3/4 cawan gula aising, diayak
  • 250 g cream cheese
  • 150 g mentega
  • 3 biji telur gred A
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1 3/4 cawan tepung gandum*
  • 1 camca teh baking powder*
  • 1/2 camca teh sodium bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
  • 1/4 cawan susu segar
  • 2 camca besar jem raspberry
  • Gegelang nenas secukupnya
  • Ceri merah secukupnya
  • Cara-cara

  • Step_by_step_250
    Lenser acuan bulat berlubang tengah berukuran 35 cm, dgn mentega.
  • Alas dasar tin dgn kertas dan sapur juga mentega pada permukaan kertas. Tabur sedikit tepung dan ketuk keluar lebihannya.
  • Step_by_step_251
    Krim mentega, cream cheese dan gula aising hingga putih.
  • Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memukul dgn kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan gebu.
  • Step_by_step_253
    Masukkan tepung berselang seli dgn susu hingga habis, gunakan kelajuan sederhana masa proses ini.
  • Step_by_step_254
    Akhir sekali masukkan jem raspberry. dan gaul hingga rata...jgn gusar jika ada ketulan jam dalam adunan kek anda...
  • Step_by_step_255
    Sementara itu, susun kepingan nenas pada dasar tin (masa nie boleh susun ceri kat lubang nenas tu, maaf mat kehabisan ceri botak, cuma ada ceri tangkai saja kat rumah).
  • Step_by_step_256
    Tuang adunan tadi atas nenas dan ratakan. Bakar dalam oven pada suhu 175C, selama 30 - 35 minit.
  • Step_by_step_258
    Bila kek masak (dgn mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, dan jika keluar bersih. ok kek dah masak).
  • Keluarkan dari oven, sejukkan 5 minit dan terbalikkan kek, tanggalkan kertas alas dan biar sejuk atas redai...

0 comments:

Post a Comment