Bahan-Bahan
- 27 biji kuning telur
- 480 gm mentega
- 230 gm gula kaster
- 160 gm tepung gandum
- 1 sudu makan penstabil
- 4 sudu makan susu pekat manis
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 sudu teh serbuk penaik
- coklat cip secukupnya
- pewarna merah, hijau dan kuning
- Satukan mentega dgn susu lalu dipukul hingga kembang. Ketepikan.
- Satukan telur, gula dan penstabil di dalam mangkuk lain. Pukul hingga naik dan pekat. Masukkan tepung dan gaul rata. Masukkan pula adunan mentega lalu digaul rata.
- Bahagi adunan kepada 3 bahagian; 1 bahagian diwarnakan merah, satu lagi hijau dan yg satu lagi kuning.
- Sediakan loyang berukuran 10 x 7 x 3 inci. Alaskan dgn kertas dan sapu dgn mentega. Bubuh 2 senduk adunan kuning ke dalam loyang, ratakan dan bakar dgn api grill selama 2-3 minit. Bubuh lagi 2 senduk adunan kuning , ratakan dan tabur coklat cip. Bakar lagi selama 2-3 minit.
- Ulangi proses melapis dgn warna hijau seperti dalam langkah 4.
- Seterusnya, ulangi proses melapis dgn warna merah. Coklat cip hendaklah di tabur pada setiap dua lapisan.
- Pada lapis penghabisan, apabila kek telah masak, matikan api grill dan hidupkan api ketuhar. Bakar kek pada suhu 150 - 200 darjah Celsius selama 5-10 minit.
0 comments:
Post a Comment