Ayam Golek Masak Lemak Cili Padi


Dscn1180

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 1 ekor ayam sederhana
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 helai daun kunyit (dipintal)
  • 10-15 biji cili padi @ cabai burung(klu nk pedas bleh tambah cili, klu taknak pedas kurangkan cili)
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit @1 sudu besar serbuk kunyit
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 1 mangkuk santan pekat
  • Garam & gula secukup rasa
  • Sedikit kiub pati ayam

Cara-cara

  • Bersihkan ayam, kemudian belah sedikit bahagian dada ayam supaya cepat masak & ayam tidak mentah di bahagian dalamnya.
  • Kisar cili, halia, kunyit, bwg merah & bwg besar.
  • Masukkan santan pekat ke dalam kuali yg agak2 muat utk seekor ayam supaya senang nak mengoleknya nanti.
  • Masukkan bahan2 yg telah dikisar tadi, serai & daun kunyit.
  • Masukkan ayam & bahan2 perasa.
  • Bila memasak hendaklah api yg paling kecil sekali & jgn biarkan santan mendidih (pecah minyak). Sama seperti kita buat rendang.
  • Balik2kan ayam supaya masak sekata & tidak hangus bahagian bawahnya.
  • Tunggu hingga ayam betul2 empuk & kuahnya agak pekat.

0 comments:

Post a Comment