KEK BUAH TANPA TELUR


Kekbuah

umi_e@myresipi.com

Bahan-bahan ( tin 12x8 inci )

  • 4 cawan tepong naik sendiri
  • 2 cawan buah campuran kering
  • 1 buku butter
  • 1 cawan gula (boleh guna gula perang utk kek lebih gelap dan tambah 1/2 cawan lagi gula jika suka manis)
  • 3 cawan air
  • 1 sudu teh bicarbonate soda
  • *** Bolehlah cuba dengan 1/2 adunan dulu sebab adunan umie buat ni besar - umie ni tamak sikit bab membuat sebab dah biasa dengan keluarga besar ;)

Cara-cara

  1. Kekbuah1
    campur kesemua bahan kecuali tepong dan bicarbonate soda ke dalam periuk
  2. Kekbuah2
    masak atas api perlahan sehingga mendidih dan biarkan suam. Setelah suam masukkan bicarbonate soda dan kacau rata.
  3. Kekbuah3
    ayak tepung ke dalam mangkok adunan dan buat lubang di tengah. Kemudain tuangkan adunan yang telah suam ke dalammnya.
  4. Kekbuah4
    kacau adunan hingga rata dan sebati.
  5. Kekbuah5
    masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilenser dan dialas dengan kertas minyak.
  6. Kekbuah6
    Bakar dengan api sederhana (oven mark 4-5) atau sehingga masak - bila lidi keluar dengan bersih.

0 comments:

Post a Comment