MEAT PIE


Meatpie

Resepi ni dpt dari tv... dah cuba pagi tadi, sedap!

Bahan-bahan ( 20-24 biji )

  • 1 sk minyak zaitun
  • ½ bawang besar (saiz kecil), dicincang
  • 250g daging, dicincang
  • 1 sb tomato paste
  • ½ cawan sayur campuran (frozen)
  • ½ cawan beef stock
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa
  • 2 cawan mashed potatoes
  • 3-4 keping puff pastry

Cara-cara

Untuk pastry
  • Panaskan oven pada suhu 170C. Potong puff pastry dgn cookies cutter yg bulat (8-10cm) kemudian masukkan puff pastry yg dipotong kedalam muffin tins. Bakar selama 20 minit. Keluarkan dan diketepikan.
Untuk Inti
  • Panaskan kuali, masukkan minyak dan goreng bawang besar sehingga layu.
  • Masukkan daging, goreng sehingga masak.
  • Masukkan tomato paste, sayur campuran, stock, garam dan lada hitam.
  • Masak dgn api kecil sehingga kuah jadi pekat. Biar sejuk sikit sebelum isi dlm pastry.
  • Ambil 1 sb inti daging, masukkan ke dlm puff pastry yg telah dibakar.
  • Kemudian, letak 1 sb mashed potatoes ke atas inti daging tadi.
  • Taburkan sedikit lada hitam di atas, klu suka boleh bakar dlm oven (200C) selama 10 minit sebelum dihidangkan.

0 comments:

Post a Comment