KETAM MASAK LEMAK


Step_by_step_031

Masakan Johor

Bahan-bahan ( Untuk 4 - 5 orang )

  • 4 ekor ketam besar, dibersihkan
  • 6 ulas bawang merah kecil*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 batang lada merah*
  • 3 biji buah keras*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1/2 cm belacan*
  • 1 hirisan nipis lengkuas*(*dikisar halus)
  • 1 asam keping
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 kuntum bunga kunyit (jika suka dan jika ada)
  • 1 biji kelapa, diparut
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji timun, dibuang kulit, dikerat 2 dan belah empat setiap keratan
  • 2 keping tempe, dikerat 4 setiap keping (jika suka)

Cara-cara

  • Dalam periuk, masukkan ketam, asam keping dan bahan2 dikisar.
  • Jerang atas api untuk 2 - 3 minit. Matikan api dan biarkan sebentar.
  • Masukkan 1 cawan air dalam kelapa parut.
  • Ramas dan perah santan dalam satu bekas. Ketepikan. Tuang lagi 2 cawan air dan perah untuk mendapatkan santan no.2.
  • Step_by_step_032
    Hidupkan api kembali dan masukkan santan no 2 ke dalam periuk.
  • Diikuti tempe, daun kunyit dan bunga kunyit (jika suka dan jika ada), biarkan mendidih. Masukkan santan pekat dan timun. Perasakan dgn garam dan gula.
Dalam gambar :-
  • Daun kunyit dan bunga kunyit
  • Masak atas api perlahan selama 5 minit. Kacau selalu untuk mengelakkan santan pecah minyak.
  • Bolehlah dihidangkan bersama nasi putih dan lauk-pauk sampingan.

0 comments:

Post a Comment