KRIM KASTARD


Custard-cream

Penyediaan krim kastad dalam masa 10 minit guna microwave

Bahan-bahan ( 600ml )

  • 450cc susu segar/ susu cair
  • * 2 sudu besar tepung
  • * 75g gula
  • * 1 1/2 sudu besar corn starch
  • 4 biji telur kuning
  • 2 sudu besar mentega
  • sedikit esen vanila

Cara-cara

  • Letak susu dalam mangkuk. Panaskan dengan microwave selama 3 minit tanpa tutup.
  • Ayak bahan-bahan * . Kemudian masukkan ke dalam mangkuk tadi. Kacau biar sebati.
  • Kemudian masukkan kuning telur sikit demi sedikit sambil dikacau.
  • Tanpa ditutup mangkuk tadi. Masukkan ke dalam microwave selama 5 minit. Dalam masa 5 minit tersebut, bawa keluar 3 kali untuk dikacau.
  • Bila dah siap, keluarkan dari microwave. Masukkan mentega dan kacau cepat-cepat.
  • Siap. Bolehlah dimakan dengan roti, sebagai inti pau dan sebagainya.

0 comments:

Post a Comment