PUDING KASTARD


Kastad

simple custard pudding-oven style

Bahan-bahan ( 5 cup )

**Karamel**
  • 30g gula
  • 30cc(ml) + 1 sb air

**Kastad**

  • 400cc(ml) susu segar
  • 60g gula
  • 3 biji telur
  • beberapa titik esen vanila

Cara-cara

Karamel:

  • Masukkan gula dan 30cc air ke dalam periuk. Panaskan sehingga perang. Kemudian tambahkan 1 sudu air. Kemudian masukkan ke dalam pudding cup.
  • Dalam mangkuk pula, masukkan telur dan kacau.
  • Dalam periuk pula, letak gula, susu dan esen vanila. Panaskan sehingga jadi lebih kurang warna kulit manusia.
  • Kemudian letak susu tadi ke dalam mangkuk telur dan kacau. Pindahkan pula ke dalam mangkuk lain untuk jadi lebih lembut dan mengurangkan buih
  • Masukkan sebatian tadi ke dalam pudding cup.
  • Masak dengan oven selama 30-35 minit dgn suhu 160C. Dalam dulang oven perlulah dimasukkan air suam.

0 comments:

Post a Comment