Lasagna simple


dLasagna

ni resipi i belajar masa blaja kat UK dulu, very easy and very yummy.


Bahan-bahan ( berganting kpd saiz dish )

  • 1 bungkus daging / ayam kisar
  • 1 tin sup tomato
  • 1 - 2 tin sup cendawan
  • 1 botol bolognese sauce ( brand maggie dlm paket pun ok )
  • 1 tin cendawan butang
  • mix vegetables ( kalau nak )
  • 1 paket mozarella cheese ( beli kat kedai buat kek murah )
  • Italian herbs ( kalau nak )
  • 1 kotak lasagna
  • garam & lada hitam
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 4 ulas bawang putih - potong dadu

Cara-cara

  • bawang besar dan bawang putih ditumis.
  • Masukkan daging / ayam kisar dan goreng sebentar. Masukkan sos bolognese, garam, lada hitam, Italian herbs, mix vegetables dan cendawan. Masak hingga hampir kering, jangan terlalu berair.
  • Sediakan baking dish yang nak digunakan dengan menyapu sedikit butter / magarine di keliling.
  • Taburkan satu lapisan nipis daging kisar tadi di bawah baking dish.
  • Kemudian letak satu lapisan kepingan lasagna. Pastikan seluruh lapisan daging tadi ditutup.
  • Di atas lapisan kepingan lasagna letakkan satu lapisan sup cendawan
  • Di atas lapisan sup cendawan letak satu lapisan sup tomato pula.
  • Di atas lapisan sup tomato ulangi dengan satu lapisan daging dan ulangi langkah 4 - 7 . Pastikan lapisan paling atas adalah lapisan sup tomato. ( jangan buat banyak sangat lapisan nanti tinggi sangat )
  • Di atas lapisan sup tomato taburkan mozarella cheese. ( Lagi banyak lagi sedap ) Taburkan Italian herbs di atas cheese.
  • Bakar dalam oven dengan suhu 180 C selama 15 - 20 minit . Nak test kalau dah masak cucuk bahagian tengah hingga ke bawah kalau kepingan lasagna tak keras lasagna sudah masak. Pastikan cheese tak hangus!

0 comments:

Post a Comment