Lasagna


Dsc01134

masakan Itali, resipi senang untuk yang baru nak belajar², masa 40 minit untuk masak)


Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 300g daging cincang (lagi senang kalau guna brand Ramly)
  • 1 botol prego (yang kecil)
  • 2-3 batang celery
  • cendawan butang (sebanyak yang suka)
  • 2 biji tomato (potong dadu)
  • 1 biji lobak merah (dihiris halus)
  • 1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas)
  • 2-3 ulas bawang merah (cincang halus)
  • 2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • Sedikit lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Sekotak Instant Lasagna (tambah lagi sekiranya pakai dulang caserole besar)
  • 3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)
  • 2 sudu besar mentega
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 1 peket Cheddar cheese (115g)
  • 1-2 cawan susu
  • Sedikit garam untuk perasa
  • (Boleh tambahkan sayur-sayuran lain seperti pepsicum, broccoli dll kalau nak)

Cara-cara

  • Panaskan oven 180 C
  • Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
  • Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.
  • Masukkan sedikit air, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam.
  • Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
  • Masukkan sayur-sayuran tadi, tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
  • Sediakan sauce pan, panaskan.
  • Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
  • Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah di panaskan semula.
  • Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api.
  • Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang.
  • Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu dimasak terlebih dahulu) dan tuang sedikit cheese sauce tadi.
  • Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang cheese sauce selebihnya ke atas kulit lasagna (pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi)
  • Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut)

0 comments:

Post a Comment