Humburger dgn keledek chips


Humburger

jom sekali sekala ubah menu sarapan dgn humburger dan kerepek ubi keledek


Bahan-bahan ( 4~5 orang )

>>Humburger<<

  • 250g daging hancur/cincang
  • 150g taufu
  • 1 cawan breadcrumbs(serbuk roti)
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/2 biji bawang besar-cincang
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit minyak

>> Sos Humburger <<

  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan sos tiram
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam( boleh dikurangkan kalau tak nak pedas)

>> Keledek chips <<

  • 1 biji ubi keledek
  • sedikit garam
  • grated parmesan cheese secukupnya
  • minyak untuk menggoreng

>> Bahan hiasan lain <<

  • tomato cherry
  • broccoli yg direbus

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan untuk humburger ke dalam mangkuk. Gaul sehingga sebati. Bahagikan ke pada 5 bahagian. Buatlah bentuk humburger.
  2. Humburger1
    Letakkan sedikit minyak di atas kuali. Goreng humburger sehingga masak. Seelok-eloknya gunalah kuali yang tak melekat.
  3. Campurkan semua bahan-bahan untuk sos. Kemudian masukkan ke dalam kuali yg diguna untuk goreng humburger tadi. Masak sehingga pekat. Kemudian bolehlah dituangkan ke atas humburger tadi.
  4. Untuk keledek chips pula. Bersih dan hiris keledek nipis-nipis. Goreng dalam minyak penuh sehingga ranggup. Sejatkan minyak. Kemudian taburkan garam dan parmesan cheese yang diparut.
  5. Akhir sekali letaklah humburger dan sosnya di dalam pinggan. Hiaslah dengan keledek chips, tomato dan broccoli.
  6. Taufu
    Jenis taufu yang digunakan dalam resepi ini.

0 comments:

Post a Comment