Mango & Apricot Cake


Step_by_step_062

Resepi diterbangkan khas dari Australia


Bahan-bahan ( Tin berukuran (8 x 8 x 3)inci )

  • 185 g mentega, pada suhu bilik
  • 200 g gula halus
  • 3 biji telur, dipukul sedikit
  • 150 g isi mangga masak, dikisar halus
  • 80 ml plain yougart
  • 260 g tepung berserbuk penaik (self-raising flour), diayak
  • 100 g aprikot kering, didadu kecil
  • 1 camca teh esen mangga

Cara-cara

  • Step_by_step_060 Terlebih dahulu, sapu tin kek dgn mentega dan alas dasar dan tepi tin dgn kertas. Sapu juga permukaan kertas dgn mentega. Ketepikan.
  • Step_by_step_057Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan gebu.
  • Pada kelajuan sederhana, masukkan telur sedikit demi sedikit hingga habis sambil terus memukul. Cukup sekadar telur sebati dgn adunan, tak perlu sampai kembang.
  • Step_by_step_058Masukkan esen mangga, yougart dan isi mangga yg telah dikisar tadi.
  • Pukul hingga rata. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul hingga rata.
  • Step_by_step_063 Masukkan aprikot tadi dan gunakan spatula utk menggaul ke dalam adunan kek hingga rata.
  • Step_by_step_061Tuang adunan kek ke dalam tin yg telah dilenser tadi.
  • Ratakan permukaannya dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 150C kurang lebih 1 jam 10 minit.
  • Step_by_step_059 Selepas 1 jam waktu pembakaran, uji kek dgn kaedah mencucuk lidi sate di bhg tengah2 kek, jika keluarnya bersih itu menandakan kek telah masak.
  • Jika tidak lanjutkan waktu membakar, tutup permukaan kek dgn tudung periuk utk mengelakkan permukaan kek menjadi gelap.

0 comments:

Post a Comment