Udang goreng bawang


Dsc00010

lagi masakan ringkas dan mudah


Bahan-bahan ( 4-5 org )

  • setengah kilo udang
  • *satu labu bawang besar ( kulit kuning)
  • garam
  • secubit gula
  • serbuk perasa (ajinomoto)
  • *1 ulas bawang putih - jika suka
  • *setengah biji lada hijau - jika suka
  • ( bahan bertanda * di mayang)
  • sedikit kunyit debu @ kunyit hidup.
  • minyak untuk mengoreng

Cara-cara

  • bersihkan udang. perap bersama garam dan kunyit.
  • goreng udang, bila dah masak... angkat dan toskan minyak.
  • dalam kuali lain, panaskan 2 @ tiga sudu minyak masak. masukkan semua bahan yang dimayang. goreng dengan api kecil.
  • goreng semua bahan tadi hingga layu. masukkan secubit gula dan serbuk perasa.
  • letakkan sikit serbuk kunyit utk warna. kacau sekejab... boleh la di angkat dan curahkan di atas udang.
  • sedia untuk dihidang. makan bersama nasi putih. udang boleh juga di ganti dengan ayam @ Ketam.

0 comments:

Post a Comment