PUDING KASTARD JAGUNG

puding nie resepi zanie sendiri , pada yg inginkan pudingnya keras sedikit sila kurangkan kuantiti airnya ya tapi pada zanie, zanie lebih suka jika pudingnya lembut tapi x hancur sooo pada yg ingin resepi dari zanie nie try la pasti x menghampakan sb inilah resepi yg selalu zanie gunakan utk jualan di bulan puasa yg lepas2

Bahannya :
  • 1 cawan tepung kastard
  • 4 cawan air
  • 4 s/m gula pasir
  • 1/2 tin cream jagung dalam tin
Caranya :
  1. Satukan bahan diatas tadi rata2 pastikan tidak berbintil - bintil
  2. Kacau atas api yg sederhana besar hingga bahan2 tadi pekat berkilat
  3. Tuang dalam acuan yg disukai biar sejuk baru simpan dalam peti ais
Untuk kuah kastard :
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat
  • secubit garam
  • tepung kastard / tepung jagung ikut pekat
  • secukup gula utk tambah rasa manis jika perlu
Caranya :
  1. Satukan bahan - bahan di atas tadi kacau sentiasa dengan api yang kecil hingga mendidih jangan guna api besar kerana kuah akan melimpah keluar bila mendidih dan kuah susu akan pecah. Seuaikan rasanya dan matikan api, sejukkan dahulu sebelum di curahkan atas puding tadi.
  2. Selamat mencubaaa
** kalau nak lagi sedap tambahkan buah2an dalam tin juga potongan agar2 yg bewarna warni tapi hari ini zanie x bubuh sb x ada stok di rumah ...hehehe....

0 comments:

Post a Comment