Coconut Candy

Coconut_candy

bukan untuk mereka yang jaga badan..he..he..he ..kalau nak makan juga apa salahnya tapi jgn banyak2 , ye..


Bahan-bahan ( 15-20 kiub )

  • 1 biji kelapa parut ( yg putih shj )
  • 1 cawan susu cair ( sekadar menenggelamkan kelapa )
  • 1/2 cawan gula (ikut rasa masing2 )
  • 1 sudu besar mentega
  • pewarna / cooking chocolate

Cara-cara

  • Masukkan kelapa parut, susucair, gula dan mentega dalam kuali dan kacau dengan api perlahan.
  • Sebelum ia kering betul, bahagi pada 2 bahagian.
  • Satu bahagian masukkan pewarna kuning dan satu bahagian masukkan cooking chocolate.
  • Kacau berasingan hingga adunan kering dan tidak melekat pada kuali.
  • Masukkan dalam loyang dan tekan bagi rata dan padat.
  • Bila sejuk, boleh lah potong dan hidangkan.
  • *Boleh buat berbagai2 warna tapi yang bewarna chocolate tu yg paling sedap :p

0 comments:

Post a Comment