KARI KETAM


Kari_ketam_3

Resipi yang mudah untuk ibu yang bekerja... gambar tak berapa best sebab snap time dalam periuk hehe...

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 kg ketam, dibersihkan
  • 4 sudu makan rempah kari ikan
  • 1 cawan air
  • ½ liter santan pekat
  • garam secukup rasa
  • serbuk perasa jika suka
  • minyak untuk menumis

# Bahan untuk dikisar #

  • 2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara-cara

  • Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
  • Masukkan rempah kari ikan dan gaul rata. Kemudian masukkan 1 cawan air dan gaul sebati.
  • Masukkan garam, serbuk perasa secukupnya dan ketam
  • Gaul rata dan tutup periuk selama 5 – 10 minit sehingga ketam bertukar warna.
  • Akhir sekali masukkan santan, dan bila ia telah mendidih.
  • Kacau sebati, padamkan api, angkat dan hidangkan.

0 comments:

Post a Comment